Saturday, December 31, 2011

Contest APA BENDA TU? PART 1

INI ADALAH STICKY POST.. SCROLL KE BAWAH UNTUK MEMBACA POST TERKINI..


Disebabkan tangan aku ni dah gatal  sangat  nak update belog,  so ter'update' la belog aku pada malam yang sunyi sepi ni..  sedangkan aku dah bagitau dah kat post lepas yang aku nak menyepi seketika.. apa la aku ni..

Bukannya apa.. tetiba aku rasa nak buat contest lak.. Hadiahnye tak la lumayan sangat.. Tapi penting jugak la untuk korang buat calling2 and SMS mak, ayah, boyfriend, girlfriend dan sesiapa je la.. Aku nak kasi TOPUP RM10 ni... Rasa nya berbaloi tak..? Hope berbaloi laa ea..

Contestnye senang je.. Just teka gambar yang kat bawah ni..


Ni aku kasi pilihan jawapan untuk korang:


  1. tayar
  2. shawl
  3. baju
  4. shah rukh khan
  5. justin bieber
  6. hrintik roshan
  7. edward cullen
  8. power rangers
  9. angrybird
  10. fasha sandha
  11. harry potter
  12. ron weasley
  13. spiderman
  14. Mr.Bean
  15. Anuar Zain

Haa..korang pilih la sampai lebam k..

Syarat-syarat penyertaan:
-Follow Blog Hawa Ahmady ni
-Pastikan korang ada blog
-Letak jawapan kat komen post ni
-Tarikh tutup: 31 Disember 2011


So, jom join contest ni.. mana tahu korang lah insan yang paling bertuah..

UPDATE: KORANG BOLEH LETAK  2 JAWAPAN

Tuesday, December 13, 2011

Ohh Toilet Feveret..!!

Assalamualaikum.. kabare semua?? waras??  dah lama aku tak update blog kan..??
Sorry sangat2 ye semua.. aku baru je lepas habis exam STPM..

Yehhh....!!!! dah MERDEKA... tapi sebenarnya tak MERDEKA sangat la.. coz result STPM belom dapat lagi.. huhuhu.. Ni just intro je..

Actually hari ni aku nak cerita pasal Toilet Faveret aku.. Sebenarnya dah lama aku nak cerita pasal benda ni.. Tapi asyik terlupa je..  Mesti ada yang rasa pelik kan dengan post aku kali ni.. Alaaaa.. korang jangan nak tipu aku la.. Korang pun ada Toilet Faveret kan? Tak baik tau tipu.. Tuhan tak suka orang tipu2.. hehe

Okla, ni aku nak terangkan maksud Toilet Faveret dengan lebih terperinci k.. Toilet Feveret ni bahasa kasarnya ialah tempat yang menjadi kegemaran korang setiap kali membuang air besar dan kecil..

Kalau korang nak tahu.. Antara ciri2 Toilet Faveret aku ialah toilet yang mempunyai pili yang tak bocor, getah paip yang tak bocor, jamban yang boleh di pam dan yang paling penting sekali mestilah toilet tu bersih.. 

Nak di jadikan cerita...

Pada suatu hari, time ni aku kat sekolah la.. aku tetiba je rasa macam nak terkucil.. so.. sudah semestinya aku menuju ke Toilet Faveret aku.. First2 jalan kat depan Toilet Feveret aku tu, aku dah rasa lain macam dah.. Yelaa macam ada bau yang tak menyenangkan.. Namun begitu, tanpa ada perasaan ragu2.. maka aku pun membuka pintu Toilet Faveret aku tu...

Suddenly....


Argggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..........!!!!!!! 


Okla.. jeritan diatas bukan la disebabkan ada orang di dalam toilet tu.. tengah cangkung or what so ever la.. tetapi..... erkkkkkkkk... disebabkan ada something yang berwarna coklat2 yang menghiasi Toilet Feveret ku.. Cissss...!!!! Kuang ajaq..!!! Terus hilang mood terkucil aku tadi..

Kesian my Faveret Toilet dianiaya dengan sebegitu rupa.. How dare orang tu buat 'taik' kat my Faveret Toilet.. Grrrrrrr....... Geramm nyee..!!!

Kesimpulannya, tolonglah pam jamban tu kalau dah siap melepas.. walaupun pam tak boleh digunakan.. siram la guna air.. kasihani la orang lain yang nak gunakan toilet tu.. lagi2 kalau tu Toilet Faveret aku...

Wednesday, October 26, 2011

Terpaksa Menyepi

Berita yang amat menyedihkan..

 Aku yang bernama Siti Hawa Binti Ahmady ingin menyepikan diri bermula dari saat ini sehingga 8.30 malam pada 13 Disember 2011 atas sebab-sebab perkara yang tak dapat aku elakkan iaitu untuk menduduki Peperiksaan STPM..

Aku juga ingin mengambil kesempatan dalam kesempitan ini untuk mengucapkan..


HAPPY DEEPAVALI to ane yang handsome2 kat luar sana..hehe..

Doakan aku berjaya ye semua... muahhhhhhhhh....!!!

Sunday, October 23, 2011

SPORT TOTO

Evening semua..

Korang tahu tak apa itu SPORT TOTO..? 

SPORT TOTO ialah tiket yang memberi korang kebahagiaan jika korang bernasib baik.. SPORT TOTO juga ialah tiket yang akan memusnahkan hidup korang jika korang beli dengan kadar yang banyak, tetapi korang tidak mendapat apa-apa pulangan yang korang harapkan daripada tiket yang korang beli banyak2 tu.. Maksud SPORT TOTO yang aku kasi ni clear tak..? or boleh dikatakan sampai tak kat korang? Hope sampai k.. 

Alaa senang kata nombor ekor tu SPORT TOTO la..

Dulu time aku teman mak pergi bank je, mesti aku nampak orang berduyun-duyun pergi beli tiket kat kedai sebelah.. Kedai SPORT TOTO tu.. Ramai orang Melayu and yang beragama Islam pulak tu yang beli tiket SPORT TOTO tu.. Dorang tak rasa bersalah and membazir ke buat macam tu? 

Korang tahu tak yang membeli dan yang menggunakan hasil daripada nombor ekor tu haram?? Orang yang terbabit dengan nombor ekor tu jugak haram ye.. Even kalau korang gunakan nombor ekor untuk derma dan sedekah kepada orang susah juga still haram dan tak mendatangkan apa2 ganjaran yang berharga untuk korang.. 

Oleh itu, sebagai saudara sesama Islam.. aku nak nasihatkan sesiapa yang melibatkan diri dalam belian and jualan nombor ekor ni supaya berhenti la.. Belum terlambat lagi..... Nombor ekor ni tidak mendatangkan apa2 kebaikan.. hanya keburukan semata-mata..

tengok tu.. ada yang pakai baju melayu.. emm


p/s: Ini bukan entri emosi.. hanya ingin berkongsi dan saling mengingati sesama kita.. hehe

Saturday, October 22, 2011

Si Dara dan Si Teruna

Part 1

Situasi: Di sesuatu tempat awam..
Dara: Emmm Teruna.. kenapa kau tak boleh terima aku..?

Teruna: Entahlaa Gadis... *konon2 buat tak tahu*

Dara: Kenapa ye kau tak minat kat aku?

Teruna: Entahlaa Gadis.. *still lagi buat tak tahu*

Dara:  Dengan aku pun nak rahsia ke Teruna? *Geram + Tension*

Teruna: Tak ada la.. Bagi aku.. kau dah cukup package sebenarnya.. Just satu je yang aku tak berapa nak suka..

Dara: Apa dia? *cehh.. tak reti sabar pulak aku ni*

Teruna: Sebab kau tu gedik sangat..

Dara: Erkkkk.. ye ke..? *padan muke..ambik kau sebijik*


Tetiba si Teruna tenung si Dara.. Si Dara buat muka macam bagos je.. cover la konon..


Dara: Teruna.. kau suka perempuan yang macamner? *saje nak test lagi*

Teruna: Dara.. aku ni tak memilih sangat.. yang penting dapat perempuan yang reti masak..

Dara: Aku reti masak tau Teruna.. *riak gila vavi..hehe*

Teruna: Bukan reti masak je yang aku pandang.. aku pun nak perempuan yang pandai jaga hati mak aku..

Dara: Kalau macam tu aku nak jaga hati mak kau, aku nak belajar masak and aku tak mahu gedik lagi.. *kau tak kenal lagi siapa aku*

Teruna: Cuba la kalau boleh.. *saje nak cabar kau Dara*

Dara: Ok.. mana la tahu kan.. Nothing is impossible.. *cabar la aku lagi Teruna*

So.. korang rasa apa yang akan yang akan terjadi seterusnya? Adakah Si Dara dapat membuktikan kepada Si Teruna yang Si Dara akan berjaya dalam masak memasak? Mengubah attitude Dara yang gedik? And also yang lebih penting lagi, menjaga hati mak Si Teruna?

Hanya doa anda dan usaha Si Dara yang menentukan segalanya..

Nantikan sambungan Si Dara dan Si Teruna akan datang.. 
Hanya di Belog Hawa Ahmady... Chill ya..!!!

Heheheheheheeheheee... :)

Friday, October 21, 2011

GIVEAWAY Marliyana Mk

Setelah habis baca komen2 dekat entri yang lepas.. Suddenly... Aku terpandang pulak link Giveaway Marliyana MK.. And suddenly jugak aku rasa macam nak dapatkan je Giveaway dari Marliyana MK tu..

So, untuk membuktikan dan meyakinkan korang lagi yang aku join Giveaway ni.. Ni aku letakkan banner Giveaway Marliyana MK..

comelkan Marliyana MK?

Untuk caption diatas tu aku ikhlas puji Marliyana MK.. hehe.. Tiada niat untuk mengampu or what so ever laa.. So korang jangan judge aku bukan2 tau..

Maka dengan bangganya aku menge-TAG tiga orang yang aku sayangi agar mereka juga sama-sama berjuang untuk mendapatkan Giveaway Marliyana MK ini.. cehhh..


Untuk blogger2 lain yang nak join jugak Giveaway ni.. Just tekan je kat Banner Giveaway Marliyana MK tu ok? Get it? Haa..!! Macam tu laa...!! 

Okla aku nak chow dulu.. Muuuuahhhhhh....!!!!


Tuesday, October 18, 2011

Echanteur Belle Amour

Hai semua... Emmmmmmm....

Penah tak try perfume echanteur ni..? Bau dia sangat wangi dan lembut tau... Memang kena la dengan jiwa aku..

Hari tu aku beli  perfume yang namanya Echanteur Belle Amour.. Best tau.. Even aku dah berpeluh-peluh pun, bau wangi dia still ada.. So, sekarang ni aku dah bertambah yakin untuk lakukan apa-apa kerja tanpa ada apa-apa halangan.. Korang pun boleh cuba gak..

Aku guna yang warna pink

Untuk mengekalkan lagi kewangian perfume tadi.. Aku guna pulak lotion Enchanteur Belle Amour.. Lotion ni bagus kita gunakan sebelum tidur dan selepas mandi.. Selain dapat memutihkan kulit yang kurang cerah (saje tak mau guna 'gelap'), lotion ni jugak dapat mengelakkan diri korang daripada ciuman si nyamuk..hehe..

Mesti korang tanyakan.. "Apa kena mengena dengan nyamuk?".. Haaa.... buat pengetahuan korang.. nyamuk tak suka wangi2..

ini lotion nye..

So, apa lagi tunggu..?? Belilah sementara stok masih ada..

Sunday, October 16, 2011

Disihir menggunakan Facebook

Tadi aku on Facebook kejap.. suddenly.. aku ternampak pasal kes sihir menyihir ni..



Macam2 la yang boleh terjadi sekarang ni.. Kesian aku tengok girl ni.. Tapi kadang2 salah kita jugak kan.. Kita yang membuatkan orang sihir kita.. 

So, aku nasihatkan.. kalau nak letakkan gambar korang pun.. letak la gambar separuh badan.. jangan la yang full satu badan.. sebab kalau orang nak kenakan kita memang senang je.. Lagi2 kalau yang memang yang sentiasa dengki and tak puas hati dengan apa yang kita ada..



Perkara yang aku pelajari daripada Blogger

Selamat pagi untuk insan2 yang belum lagi melelapkan mata.. 

Actually aku tak ngantuk lagi.. tu pasal aku buat post ni masa time orang tengah lelehkan air liur basi kat bantal dorang..

Emmm.. sekarang baru aku sedar yang banyak jugak perubahan dalam penulisan aku ni.. bukan la aku nak cakap yang blog aku ni bagus penulisan nya.. aku just nak titipkan sedikit penghargaan kepada diri aku and blogger yang lain..

Dulu cara penulisan dalam blog aku ni sebijik ayat SMS.. Bila aku baca2 balik.. macam taik pulak setiap perkataan yang aku taip dulu.. Yela.. separuh reader faham la apa yang aku tulis.. yang tak faham tu macam mana pulak kan? So untuk senang kan hati reader supaya tak banyak berfikir, aku taip dengan lebih jelas dan nyata.. Biar ayat nampak skema.. yang penting reader aku senang sikit nak baca.. ceeewahhhh...!!

Dulu aku banyak cerita pasal lelaki, perasaan cemburu yang tak bertepi and maki2 orang.. Tapi sekarang aku buat post yang gaya bebas and kuak lentang..hehe.. aku tahu.. reader pun kadang2 meluat jugak kalau kita asyik cerita pasal lelaki memanjang.. sebab aku pun kadang2 meluat jugak baca blog yang cerita pasal lelaki memanjang.. opppsss.. tapi kalau baca post yang cerita pasal lelaki sikit2 tu tak meluat la..( ayat cover coz takut kena maki)..hehehe..sorry..

Dulu aku suka letak widget banyak2 dalam blog aku.. tapi sekarang dah kurang dah.. atas nasihat blogger jugak la.. lagipun masa tu blog aku berat sangat la.. blogger2 lain yang nak baca post aku pun susah.. loading lama sangat.. (ceh.. ada ke orang nak baca post aku?)

Dulu aku guna embedded below post untuk komen.. tapi sekarang aku guna pop-up window.. senangkan? aku tahu.. kadang2 agak leceh kalau guna embedded below post.. lagi2 time nak komen tapi line broadband slow gila vavi.. so.. aku buatlah pop-up window..haa.. lupa pulak.. aku pun tak letak word verification tau.. sebab aku benci benda alah tu.. menyusahkan aku je..

Haa.. ini adalah antara transformasi yang paling ketara yang korang boleh nampak dalam blog aku..

Terima kasih semua blogger2 and reader2 yang prihatin.. segala nasihat anda amat aku hargai.. dan telah aku praktikkan pun.. :)

Birthday Adam

First of all... aku ingin mengambil kesempatan dalam kesempitan ini untuk ucapkan..

Happy Birthday Muhammad Adam Bin Ahmady..!!!!

Wahhhhh...!!! dah dewasa dah adik bulat-bulat yang aku sayangi ni.. Semoga dengan semakin meningkatnya usia kita, semakin bertambah lah amalan kita.. ambik kau ceramah sebijik..hehehe

 Even aku ni nampak je macam zalim di depan mata kau.. tapi hati aku baik.. cehhhhhhhh.. aku ni saja nk ambik hati kau.. memandangkan lepas ni duit kau bertambah banyakkan.. so boleh la belanja aku BIG APPLE.. hahaha..:D

Buat pengetahuan korang.. Aku ni sebenarnya baru je balik makan steamboat dengan family aku.. yela.. kan birthday adik aku.. so family aku sambut birthday adik aku dengan membawa kami sekeluarga makan steamboat di Restoran Lagi Best..

Balik je terus update blog.. tak menyempat tunggu esok.. So, ni aku kenalkan korang birthday boy yang ku cin-taik...

yang sebelah adam tu GF dia..

Ni ada gambar steamboat untuk korang.... Aku ni suka share ngan korang.. tak suka simpan sorang2.. baik tak aku?



Steamboat.. aummmmm..!!!


Tak banyak gambar yang dapat aku upload.. coz gambar yang lain semua gerak2.. biasalah kamera murah.. ada sesiapa nak kasi aku kamera baru..?? dipersilakan untuk buat demikian.. Sumbang lah ke Tabung Kebajikan HAWA AHMADY.. Sumbangan anda amat dihargai.. ngehhh~









Wednesday, October 12, 2011

Khasiat Tahi Hidung

Semasa aku  blogwalking kat blog2 orang.. aku terjumpa satu artikel yang tak semua orang jumpa.. dan aku rasa artikel ni amat berguna untuk korang2 yang mana menjadikan tahi hidung sebagai makanan ruji ketika waktu lapang.. hehehe.. Mehh baca artikel ni..

VIENNA: Mengorek hidung dan memakan sisanya ialah salah satu cara terbaik menjaga kesihatan tubuh badan, dakwa seorang doktor terkenal di Austria.Pakar paru-paru yang beribu pejabat di Innsbruck, Prof Dr Friedrich Bischinger, berkata golongan yang mengorek hidung dengan jari mereka lebih sihat, lebih gembira dan mungkin lebih sensitif kepada perubahan tubuh mereka.

Dia berkata, masyarakat perlu menerima pendekatan baru untuk mengorek hidung dan menggalakkan kanak-kanak mengguna pakai kaedah itu. Dengan menggunakan jari, anda dapat sampai ke tempat yang selama tidak dapat dicapai dengan sapu tangan, ia menjadikan hidung anda lebih bersih.

Memakan sisanya pula ialah cara hebat untuk mengukuhkan sistem imunisasi tubuh. Secara perubatan, ia memang baik dan perkara semula jadi sempurna untuk dilakukan, katanya.Dalam kes sistem imunisasi, hidung ialah penapis yang memerangkap bakteria dan apabila gabungan ini sampai kepada usus, ia boleh menjadi seperti ubat, katanya.

Perubatan moden cuba melakukan perkara sama melalui kaedah lebih rumit, sesiapa yang mengorek hidung dan memakannya dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh secara semula jadi dengan percuma, katanya. Dia memberi contoh kanak-kanak gembira mengorek hidung mereka tetapi menghentikan perbuatan itu apabila dewasa disebabkan tekanan masyarakat yang menganggap ia menjijikkan dan antisosial.

Saya suka mencadangkan pendekatan baru dengan kanak-kanak digalakkan mengorek hidung mereka. Ia tindak balas semula jadi sepenuhnya dan secara perubatan, ia idea yang baik, katanya.Prof Bischinger juga menyatakan, jika seseorang bimbang mengenai anggapan jiran, mereka masih boleh mengorek hidung di tempat sulit. (Sumber daripada http://paramedik.bbfr.net/t2895-khasiat-tahi-hidung )

Jadi, marilah kita jadikan tahi hidung sebagai amalan pemakanan sihat kita sehari-harian.. Korang try dulu k.. Kalau mujarab beritahu aku.. hehehehe..  eeeeeeeeeeeiiyarkkkzz.....!!!!!

Tuesday, October 11, 2011

Merokok Membahayakan Kesihatan

Kadang-kadang aku tak faham la... apa yang best sangat merokok tu?

Korang akan nampak lebih bergaya and macho ke kalau merokok?  Ishhh.. pelik2 je la.. kalau isap sorang2 tu tak apa laa.. ni satu rokok tu leh share2 pulak dengan kawan2 yang lain.. Korang tahu ke kawan korang tu gosok gigi ke tak.. Eeeeeeiiyarkkkzz...

Hei... Nasib baik aku ni tak kisah kalau orang merokok.. Insan2  yang rapat dengan aku pun aku tak kisah kalau dorang nak merokok.. yang penting tak merokok depan aku.. kalau aku nak suruh dorang berhenti merokok, nanti dorang cakap aku ni mengongkong dan tak faham jiwa dorang sebagai seorang remaja.. yela zaman remaja kan zaman kebebasan.. kononnya la..

Tapi aku tak tahu la.. korang ni tahu ke tak tahu bahan kimia yang ada dalam rokok yang korang isap tiap2 hari tu..? Kalau korang ni memang tak tahu and tak pernah ambik tahu so sini aku bagitahu supaya korang tahu.. dah terbelit-belit lidah aku ni haa..

Bahan kimia merbahaya yang terdapat dalam asap rokok:


Tar (bahan untuk membuat jalan raya)
Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)
Napthylamine (ubat gegat)
Arsenik (racun anai-anai)
Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan)
Kadmium (terdapat dalam bateri)
DDT (Ubat nyamuk)
Formaldehyde (untuk mengawet mayat)
Butane (gas yang boleh membunuh)
Methanol (Bahan pembakar untuk roket)
Hydrogen cyanide (racun)
Toluene (bahan pelarut)
Carbon Monoxide (gas beracun)

So korang still nak merokok lagi ke? 
Terpulang la kat korang semua.. Tepuk dada, tanyalah selera.. Aku just mampu berkongsi pengetahuan dengan korang.. Nak ikut ke tak ikut ke.. It's up to you.. 

Jadi sama2 la kita katakan TAK NAK MEROKOK...!!!! Cehhhhh..macam tengah berkempen lak..hahahahaahhahahaha.... =D

macam pocong lak.. serammm..


Monday, October 10, 2011

Aku Telah Jatuh Cinta

Assalamualaikum readers,

Pertama kali aku nak korang tarik nafas dulu... dah tarik belum? ok... kalau dah tarik... tahan... lepas.... haaaaaaaaaaaa... hehehe.. teringat pulak waktu PJK time sekolah2 dulu.. Tapi bukan pasal PJK yang aku nak cerita pada malam yang indah lagi sunyi sepi ini..

Oklah.. sebenarnye... dah sampai masanye untuk aku luahkan perasaan aku yang dah lama sangat terpendam ni..  Ikutkan aku segan sebenarnya nak beritahu pasal hal ni.. tapi jiwa aku ni dah meronta-ronta.. Oleh itu, dengan segala kudrat empat kerat yang aku ada ni.. aku ingin menyatakan bahawasanya ..

AKU TELAH JATUH CINTA..!!

Terpulanglah kat korang.. nak cakap aku zalim ke ape ke? Bukan aku saja je nak tinggalkan kekasih aku sebelum ni.. Tapi aku rasa.. Si dia yang baru ni lagi handsome, manis, and tough daripada yang sebelum2 ni.. Memang betul aku pernah cakap kat korang yang paras rupa tak penting dalam menjalin kan hubungan dengan mana-mana pihak.. Namun aku sendiri tak tahu mengapa.. sekarang ni mata aku bagaikan telah dikaburi dengan janji manis si dia yang sememangnya manis itu..

Argghhhhhhh...!!!! Salah ke aku nak bercinta dengan si dia? Aku manusia biasa.. aku layak untuk mencintai siapa2 yang aku cinta.. hmmmmm.... jangan lah disebabkan hadirnya si dia dalam hidup aku, semua nak jauhkan diri daripada aku.. 

Baiklah.. tanpa menyinggungkan perasaan mana2 pihak.. aku ingin memperkenalkan kekasih baru idaman kalbu... Buat si dia..

 "Sayang, maafkan i.. I sengaja tunjukkan gambar you ni sebagai tanda cinta I terhadap U..."

Inilah dia buah hati baru aku.....


----------------------------------------
-----------------------------------------
-----------------------------------------
----------------------------------------
-----------------------------------------
-----------------------------------------
-----------------------------------------
-----------------------------------------
-----------------------------------------
-----------------------------------------
-----------------------------------------
-----------------------------------------
-----------------------------------------
-----------------------------------------
-----------------------------------------
-----------------------------------------
-----------------------------------------
-----------------------------------------
-----------------------------------------










So.. apa pendapat korang? maniskan si dia... Ohh Magnummmmmmmmmm.. I love you so much...
Anda boleh dapatkan si dia di pasaran... Sedap u... Aummmmmmmmmmm... Hehehehehehe...

Saturday, September 24, 2011

AKU DIPINANG..!!

Assalamualaikum..

Pada suatu pagi..Sedang aku duduk diam2 kat ruang tamu sambil tengok cerita kartun SPONGEBOB SQUAREPANTS.. 

Datang la tetamu2 yang aku tak tahu asal usul nya.. segak2 kesemuanya.. ada yang berbaju melayu  bagi lelaki dan ada yang berbaju kurung bagi perempuan.. aku ingat kawan mak bapak aku.. yela kan.. al maklum la raya tak habis lagi..

tapi ternyata sangkaan ku "melecet"..  rupa-rupanya... "Saya datang untuk pinang anak perempuan puan, SITI HAWA BINTI AHMADY",kata sorang mak cik.. Dorang datang nak pinang aku..?? arghhhhhh..........!!! tidak...!!!

Aku pun lari masuk bilik.. takot pun ada gak.. hei.. aku baru 19 laa.. tak mahu laa.. (dalam hati  sebenarnya berbunga-bunga).. kenapa la awal sangat..

Tengah seram sejuk ni, tetiba je ibu masok bilik.. ibu tanya macam ni " Akak nak !@#$%^&* dengan tetttt (bukan nama sebenar) tak?".. mulut aku mendahului pikiran aku... "Ikot suka ibu la.. akak tak kesah",kata aku.. ehh mulut aku ni sesedap oren je cakap.. aduhhhh.. macamner ni? Aku tak habis belajar lagi ni..

Dan akhirnya............




jadi milik aku..


sobbb...sobbb..sobb...(tengah nangis ni)... coz tak sangka ada gak orang yang pinang aku.. suddenly... terdengar suara seseorang.. berbisik kat telinga aku..

-----------------------------------
----------------------------------
-----------------------------


------------------
----------------------------------

"Dah2 la tu nangis, bangun.. dah pagi la.. mimpi ke ape?"



Ciss..!! kacau stim je.. aku ingat betul2.. rupe-rupenya... aku bermimpi... ni angkara TASSYA la ni.. semalam dia suruh aku download lagu KU PINANG MU DENGAN BISMILLAH-PASHA feat ROSSA.. Dia kata lagunya best.. Disebabkan line aku tak elok semalam.. maka tergendala la niat aku nak download lagu ni.. Tapi tak sangka lak boleh masuk mimpi.. Kan best kalu betol2 terjadi kan..?? (berangan  lak kan aku ni) hahaha.. perasan.. 

Oklah.. aku nak caw dulu.. salam rindu.. muahhh..!!! mmmuaaahhhh..!!!

p/s: Sedapnye ayam goreng spicy MCD.. meh makan sama2..

Wednesday, September 21, 2011

Malu wooo.....!!!!

Assalamualaikum kekanda adinda sekalian alam..huhuhu..

Pernah tak sedang korang jalan cover cun / hensem depan girl / boy yang korang minat, then suddenly je korang boleh terjatuh kat depan girl / boy tu.. hahahahaha.. Pehhhhhh.... memang malu wa cakap sama lu.. Memang kalau boleh  macam nak flush je muka korang kat dalam lobang jamban kan? Hehehehe.. And ni memang pernah berlaku dalam hidup aku la kan.. Begini ceritanya..

Pada tahun 2005, masa tu aku masih form 1 dan juga agak mentah lagi ketika itu.. Aku bersama kawan-kawan aku berjalan-jalan dan pimpin2 tangan sambil nyanyi2 dengan riang nya untuk ke dewan makan yang terletak lebih kurang 1000 tapak (agak tipu di situ) dari Dorm aku yang berada di Tingkat 3.. Sedang kami jalan2 maka sudah la tiba acara kemuncak iaitu menuruni tangga yang agak curam dan mempunyai anak tangga yang kecik2 macam sial..

Secara tiba-tiba ternampak abang senior yang hensem lagi bergaya yang baru nak turun tangga.. Yup... !! Abang senior itu lah yang aku minat.. hehehe.. Maka aku memberikan laluan untuk abang senior itu untuk lalu dan ketika itu aku tengah cover cun la kiranya.. Mana tau boleh dapat ke kan... Gampang tak gampang kan?

Tengah syok tengok abang senior tu, boleh lak kaki aku ni salah turun anak tangga lak... Maka dengan itu.... 

Gedebukkkkkkkkkkkkkk...!!!! 

Bunyi nangka jatuh..hahaha.. Dalam keadaan malu + blushing + sakit + kecewa maka aku pun berlari-lari anak masuk ke dalam dewan makan tanpa mengendahkan bisikan2 yang mentertawakan aku daripada kawan senior lelaki aku itu.. so lepas dari hari itu, aku akan cuba elakkan daripada terjumpa senior aku itu... Malu woooo...... Aduhai...

macam ni la kot..hehe


Korang ada cerita pengalaman yang memalukan macam ni tak? mesti ada kan? apa kata.. kongsi2 ngan aku nak.. hehehe..

Okla.. sampai sini je dulu.. nanti borak lagi..bubbye..

Monday, September 19, 2011

Surat2 cinta zaman sekolah


Assalamualaikum..

Hari ni punya lah aku rajin.. aku kemas bilik belajar aku ataupun boleh dikatakan bilik setor untuk buku2 yang dah lama aku tak guna... rajin kan aku?? kuikuikui.. ikotkan aku ni pemalas orangnye.. tetapi memandangkan aku tengah tension and tak tahu nak buat apa.. so aku kemas lah.. selalu nye orang perempuan tension, dorang makan cokelat.. tapi aku ni lain sikit.. aku rasa otak aku hari ni *wengggg* la..

Ok, berbalik kepada cerita aku tadi..Suddenly tengah kemas2 ni, aku terjumpa lak satu kotak dan satu file yang terletak sebelah menyebelah.. bila aku memandang dua benda alah tu, dengan secara tiba2, terimbas kembali kenangan lalu..kenangan zaman2 sekolah menengah dulu.. pehhh.. memang menggamit sejuta memori.. cisss..!! memang bukan ayat aku tu..

First2, aku bukak kotak tu dulu.. ala bukan kotak mahal pun.. kotak kasut je.. murah je.. tapi dalam kotak tu yang mahal sangat.. nak tahu ada ape? hmmmmmmmmmmm... sini aku kasi tahu kat anda2 yang comel2 lagi hensem2 kat luar sana k.. Dalam kotak tu ada surat2 daripada orang yang aku admire sebenarnya.. orang2 yang aku admire tu termasuklah surat2 daripada adik angkat, kakak angkat, budak satu dorm, budak satu kelas aku, dan juga daripada kawan2 baik aku sendiri.. tak lupa juga sticker2 yang aku kumpul2 dulu..

Ni ada sedikit gambar yang aku ambik sebagai buktti..hehehehehe..

ini kata2 semangat daripada kakak angkat  aku
ni surat daripada kakak angkat aku tu

surat2 dari orang yang aku admire and orang yang admire aku..cehh..


macam gini la bentuk file and kotak yang aku cakapkan tu


Lepas dah habis baca2 surat yang dalam kotak tu, aku bukak lak file sebelah kotak tadi tu.. file tu tersangat la special.. kenapa ye special sangat? sebab dalam file tu ada koleksi surat2 cinta yang paling berharga..

Ye.. memang sangat2 berharga.. bila aku terasa rindu and perlu kan semangat yang hanya tinggal sisa2 je ni.. aku akan baca balik semua surat2 tu.. dari surat yang bertarikh 21 Januari 2008 sehingga yang bertarikh Disember 2009.. Surat yang aku dapat masa tahun 2010 and 2011, hilang entah ke mana.. tak apa lah nanti aku cari lagi.. :'(

Oklah aku kasi sedikit gambaran2 surat cinta aku tu.. Korang jangan jeles ea.. hahahaha

CDW...



tengok tu..dah kuning2 surat aku..



yup..surat masa tengah puasa..siap pantun..aku suke..



Kata2 semangat yang aku baca hari2 masa sekolah dulu..



lagu secondhand serenade-fall for you pun ada..



masa tu tengah popular lagu ni..


Sekarang dah tak ada dah surat2 cinta ni.. dah tak ada sape2 nak bagi.. lagipun sekarang dah maju.. guna henpon, tak pun chat kat facebook je.. tapi aku rasa guna surat lebih nampak romantik..lagipun surat boleh simpan sebagai kenangan.. kalau dalam henpon lak, bila inbox dah penuh je, mesti la kena padam kan?

Okla.. sampai sini je.. kalau aku free aku post lagi cerita2 yang menarik..:)

p/s: ni belog kakak angkat aku.. try2 la usha.. best..!! Tekan SINI..

Baju biru dan oren (bukan JPAM)

Good evening ladies and gentlemen...
Pada malam yang indah lagi permai ini, aku nak kasi contoh2 pakaian biru oren.. bukan untuk JPAM k.. Baju biru oren ni tema untuk jamuan pengawas.. aduhh... mana nak cari ni.. jap2.. aku try tengok google.. dan ini hasilnye.. Aku pun nak berkongsi post ni dengan kawan baik aku.. Aishah B namanya.. rajin2 la tengok belog dia.. best taw.. ok jom tengok koleksi2 baju untuk Aishah B..










































Jadi pilih laa baju yang sesuai untuk jamuan pengawas nanti.. Ikotkan hati aku yang berjiwa remaja ni.. Nak je aku beli semua baju yang kat atas ni.. Disebabkan aku mengalami masalah kewangan dan masalah untuk kuruskan badan yang belum selesai lagi sehingga kini, so aku pendamkan je la niat murni aku ni.. Pehh macam geli lak kan ayat.. So make your choice.. mata dah ngantuk ni.. meh tidur sama2..huhu. good night.. :)

Sunday, September 18, 2011

Kasut pelik untuk gi jalan2

Assalamualaikum.. Aku ni memang suka search google images.. Aku tengok macam2 gambar.. Aku pun cari la gambar2 kasut terkini.. korang tau apa yang aku jumpa? Meh tengok sama2.. mana tau korang berkenan ke..


even color nye merah (my feveret).. tapi tak  ke susah nak jalan guna kasut macam ni..


korang try la kasut ni.. nanti kalau hujan, tak basah kasut korang..




bak kata omputeh.. SAFETY FIRST.. kalau ada je yang kacau.. baling je guna kasut ni..




uihhhhh serammmm.... tengok tu.. siap ada bulu lagi.. hehe



rumah korang kan banyak tikus mati.. so tak yah buang2.. kita buat ke kasut.. save duit..


bagus kan.. ikan pon boleh jadikan selipar..


no comment..!!

So ape macam? Mau beli ka??







Friday, September 16, 2011

i love cats

Sambil2 dengar lagu Bruno Mars,Count on Me..... Aku terpandang lak gambar2 kucing yang menarik perhatian aku.. eeee geramnye.. rasa nak cium2 je... grrrrr... meh tengok gambar...

cube tengok mata dia..sayu je...


meoowwww.......!!!


haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ( menguap)


model limau...:)


sangat cantikk.....!!!


semuanya sumbangan pakcik gogel..hehehe..

P/S: Sesiapa nak download AngryBird, leh ambik kat sini.. Pastikan line berokband anda ok ye...





Thursday, September 15, 2011

Invitation

A woman came out of her house and saw 3 old men with long white beards sitting in her front yard. She did not recognize them. She said " I don't think I know you, but you must be hungry. Please come in and have something to eat".

"Is the man of the house home?", they asked. "No",she said. "He's out". "Then we cannot come in", they replied.

In the evening when her husband came home, she told him what happened. "Go tell them I am home and invite them in!" The woman went out and invited the men in. "We do not go into the House together", they replied. "Why is that?" she wanted to know.

One of the old man explained: "His name is Wealth", he said pointing to one of his friends, and said pointing to another one, "He Success, and I am Love". Then he added, " Now go in and discuss with your husband which one of us you want in your home".

The woman went in and told her husband what was said. Her husband was overjoyed. "How nice!!", he said. " Since that is the case, let us invite Wealth. Let him come and fill our home with wealth!"

His wife disagreed. "My dear, why don't we invite Success?" Their daughter-in-law was listening from the other corner of the house. She jumped in with her own suggestion: "Would it not be better to invite Love? Our home will then be filled with love!"

"Let us heed our daughter-in-law's advice", said the husband to his wife. "Go out and invite Love to be our guest."

The woman went out and asked the 3 old men, "Which one of you is Love? Please come in and be our guest".

Love got up and walking towards the house. The other 2 also got up and followed him. Surprised. the lady asked Wealth and Success: " I only invited Love, why are you coming in?"

The old men replied together:

" If you had invited Wealth or Success, the other two of us would've stayed out, but since you invited Love, wherever he goes, we go with him. Wherever there is Love, there is also Wealth and Success..!!"


P/S : Cerita ni aku rasa ada keluar dalam Paper BI masa trial SPM aku.. best sangat ceritanya..

Tuesday, September 13, 2011

Curious love letter



Cara-cara membaca love letter ni...
1. Isi kandung surat tu yang font nye senget... maknanya start dari MADAM sampai W.GOFF..
2. Isi yang tersiratnya ialah start dari barisan 1 iaitu dari The great love and tenderness............ lepas tu seterusnya baris 3,5,7,9,11,13,15.............sampai la habis...kiranya selang seli laa..

Sweet sangat tau love letter ni.. try la baca..

Kesimpulannya, apa yang tersurat sebenarnye tak sama dengan yang tersirat..........:)

Wednesday, August 24, 2011

Resepi Ikan Bilis Bercili Hijau

Salam..yaa resepi baru untuk teruna dan dara.. Tanpa membebel dengan lebih panjang lagi.. Kita "straight to the point" je la ye..

RESEPI IKAN BILIS BERCILI HIJAU


Ingredient nya:
Minyak masak (aku guna cap BURUH,tapi ikot korang la, cap lain pun tak pe)
Ikan bilis, yang dah siap kopek..-100gm (bahan wajib)
Bawang besar, dihiris nipis2..-3biji
Cili hijau,potong halus..-9 tangkai (cukupkan je 10)

Cara memasak:

Panaskan minyak kat kuali dan goreng ikan bilis.. pas tu asingkan ikan bilis tu..
Masukkan bawang dan cili hijau... kacau hingga bau naik..
Then, masukkan ikan bilis yang dah kita goreng tu.. kacau hingga sebati.. (macam buat kuih raya lak)
Hehe.. Ok dah siap pun.. hidang lah kat meja makan..

Senangkan? So yang teruna and dara tu.. jangan la asyik masak maggi je.. banyak lagi masakan mudah yang boleh kita masak..Ok la chow dulu..Mmuuuahhh..!!


Macam ni la rupanya


Kenangan puasa zaman sekolah rendah

Assalamualaikum..sorry la coz dah lama sangat tak update belog ni.. Sibuk puasa la katakan..

Wahhhh... Tak sangka kan dah 24 hari kita berpuasa.. maknanya tinggal lagi beberapa hari lagi nak raya.. Yehhhhh..!! Tak sabar rasanya... Nak makan ketupat, rendang, kuih raya dan macam2 lagi la.. Cehhh aku ni.. Mula2 beria-ia sangat nak kurangkan makan masa bulan ramadan ni.. Huhhh... Hanya just cakap di mulut je la.. Tapi tak kurangkan juga makan tu.. Ni lagi nak dekat raya.. Bertambah lah lagi berat badan aku.. Tapi bukan ini yang aku nak ceritakan pada petang yang sejuk lagi menaikkan nafsu tidur aku..

Hari ni aku nak cerita pasal kenangan puasa masa zaman sekolah rendah dulu.. Mesti banyak kenangan yang korang pun tak boleh nak lupakan kan?  Macam tu jugak aku...

Aku ingat lagi masa Darjah Satu kalau tak silap aku la.. Masa tu aku baru je balik sekolah.. Aku nampak la nenek aku suapkan adik aku makan.. Umur adik aku masa tu baru la 5 tahun.. Kecik lagi.. Tapi yang tak boleh tahan tu, adik aku lak boleh ajak aku makan sekali.. Nenek aku dah la masak sedap lak tengahari tu.. Emmm masak lauk ikan selar goreng berlada ngan pajeri nenas.. Pehhh.. aku dah tak pikir ape dah.. Terus je duduk sebelah adik aku.. Lepas tu nenek aku cakap macam ni kat aku.. "Kakak.. kan puasa.. mana boleh makan"..  Peduli ape aku.. Dah kecur dah air liur aku ni.. Maka telah berbuka puasa la aku pada tengahari yang mulia itu...Hehe...

Tak lupa gak kenangan masa Darjah Lima, masa tu tengahari gak... Sepupu aku datang la rumah aku.. Tapi tetiba je aku rasa macam rumah aku tu sunyi semacam.. sedangkan tadinya aku dengar adik aku ngan sepupu aku main masak2.. dan dengan rasa was2 nya, aku gi la dapur.. aku skodeng la kat tepi dinding.. aku nampak adik dengan sepupu aku ngah tengok2 bekas air.. Pas tu kalau tak silap aku.. adik aku ambik cawan and kongsi air ngan sepupu aku.. Pehhh.. masa tu aku dah cemburu dah.. yela.. adik aku kongsi air ngan sepupu perempuan lak tu.. Cisss.. takkan aku biarkan ia berlaku.. So dengan timbulnye sifat dengki dalam diri ini maka aku ngadu kat ibu aku tentang kegiatan tak senonoh mereka itu tadi.. Maka kantoi la kegiatan mereka itu..hehe..Jahat kan aku.. Try la rampas adik aku dari aku kalau berani...

Itu je la kenangan masa puasa zaman sekolah rendah aku.. Kalau korang ada kenangan yang nak kongsi ngan aku.. Cerita la kat kotak komen bawah tu.. Aku sudi membacanya.. Okla sampai sini saje.. Bubbye..

P/S: SELAMAT HARI RAYA KORANG...!!!!


Monday, August 15, 2011

Resepi Bergedil

Salam sejahtera readers... Hari ni aku nak ajar atau nak kongsi ngan korang semua resepi  bergedil yang aku cipta sendiri tanpa ada campur tangan ibu, nenek, ayah, mahupun adik kesayangan aku..

RESEPI BERGEDIL

Ingredientnye:

kentang (pastikan kupas kulit kentang tu dulu ye)
daging burger (aku biasa guna burger RAMLY)
telur (asingkan yang kuning ngan yang putih)
butter (biasa guna PLANTA)
daun sup
serbuk lada putih ( di cincang)
garam

Cara-caranya:

Kentang yang dikupas kulitnya tu, korang potong la sesuka hati korang, nak besar2 ke..kecik2 ke..
Lepas dah potong kentang tu, korang panaskan kuali dan goreng kentang yang korang potong tadi..
Bila dah masak, korang angkat dan toskan. Letaklah dalam satu bekas yang agak besar sikit.

Seterusnya., daging burger yang mentah tu korang siat2 la.. besar2 pun tak apa.. ikut sesuka hati korang la.. Pas dah abis siat2 tu.. korang panas kan kuali lagi sekali dan goreng burger tadi tu.. Bila dah siap goreng, toskan dan letakkan kat bekas yang berisi kentang tadi tu..

Then, korang tumbuk2 la kentang ngan daging burger tu sampai lumat.. aku selalu guna yang yang buat tekan2 burger tu untuk hancurkan kentang ngan burger.. ala macam mana ek.. tak tahu la ap namanya.. emm korang tengok la gambar kat bawah ni..

tengok benda yang dia pegang untuk tekan2 burger tu

Selepas dah hancurkan kentang ngan daging burger tu.. korang letak la sedikit planta dalam tu.. letak garam secukup rasa korang, daun sup yang dah dicincang tu tadi dan juga sedikit serbuk lada putih.. korang gaul2 sehingga sebati..

Setelah siap gaul, korang kepal2 kan la.. nak buat bentuk ape2 pun..ikot sesuka hati jiwa dan raga korang la..

 Dah siap mengepal, korang celup2 ngan putih terlur dan goreng sehingga garing.. Aku yakin bergedil tu tak pecah kalau korang tak kacau bergedil tu.. tapi kalau makan confirm la pecah..

Aku rasa dalam banyak masakan yang aku masak, ni la resepi yang antara yang paling simple sekali.. Just minat dan tak minat je nak buat..

Oklah..sampai sini je..bubbye...

macam ni la bentuk bergedil nya