Monday, June 6, 2011

Assalamualaikum..aku rasa belum terlambat lagi untuk aku ceritakan pasal lawatan bersama "The Busuk" ke Perak..Walaupun aku tahu ramai yang dah update post yang berkaitan trip ni..Lebih2 lagi si busuk2 cik enon dan cik eton ni..hehe..Aku rasa kalau bayar RM250 untuk trip tu memang berbaloi laa..Memang "sangat-sangat" berbaloi..Yelaa..kalau naik kereta gi sana campur makan and penginapan dah berapa dah..Lebih daripada RM250 aku rasa..

Tempat2 yang kitorang gi ialah..

Kitorang gi Kellie Castle..

Dari pandangan tengah Kellie Castle(Hiasan si mata2)

Dari pandangan tepi Kellie Castle (Hiasan si mata2)

Cikgu Emyra dan Koridor Misteri (Hiasan si mata2)

Nak tahu tak apa yang best kat Kellie castle ni? Kellie castle ni ada cerita yang tersendiri tau.. Ada sesetengah yang berpendapat yang pemilik Kellie castle ni membina Kellie castle atas dasar cinta kepada Isteri dan anak lelaki beliau..nampak sweetkan?? tapi yang mengecewakan beliau ialah..isteri dan anak beliau tak setuju untuk tinggal kat dalam castle ni..sedihnyaaa!!!!! Cuba laa kasi kat aku..Aku takkan tolak lah..

Then kitorang gi Gua Tempurung..

Aduh..Aku ingat Gua Tempurung tu mendatar je..tak ada laa sampai nak kena panjat..tapi Ramalan Ku Tidak Benar Belaka..Aku ngan THE BUSUK kena panjat 500 anak tangga pergi dan balik,jadi bersamaan 1000 anak tangga!!!!!
Huaaaaaaa!!!!! Sangat penat laa..Aku rasa macam gi Gua Tempurung tu just untuk aku kira cukup ke tidak 1000 anak tangga kat situ..-__- 


Gua tempurung (Hanya hiasan si mata2)

Sebenarnya banyak lagi tempat yang aku pergi..memandangkan THE BUSUK dah cerita kat blog dorang so aku ambik yang baki2 je laa..cis..pantang betul dapat baki2 ni..walaumacamner pun aku tetap enjoy gi Perak..bila la nak pergi lagi ek??? Honeymoon maybe...angan2 mak jenin tul..

Ok laa..disebabkan ibu sedang memanggil-manggil aku dari arah dapur, maka terpaksa lah aku mengangkat punggung dan meninggalkan laptop kesayanganku ini..Tunggu tau post akan datang aku nak kasi tips2 mengorat lak..huhuhu..

0 bintang yang bersinar: