Monday, August 15, 2011

Salam sejahtera readers... Hari ni aku nak ajar atau nak kongsi ngan korang semua resepi  bergedil yang aku cipta sendiri tanpa ada campur tangan ibu, nenek, ayah, mahupun adik kesayangan aku..

RESEPI BERGEDIL

Ingredientnye:

kentang (pastikan kupas kulit kentang tu dulu ye)
daging burger (aku biasa guna burger RAMLY)
telur (asingkan yang kuning ngan yang putih)
butter (biasa guna PLANTA)
daun sup
serbuk lada putih ( di cincang)
garam

Cara-caranya:

Kentang yang dikupas kulitnya tu, korang potong la sesuka hati korang, nak besar2 ke..kecik2 ke..
Lepas dah potong kentang tu, korang panaskan kuali dan goreng kentang yang korang potong tadi..
Bila dah masak, korang angkat dan toskan. Letaklah dalam satu bekas yang agak besar sikit.

Seterusnya., daging burger yang mentah tu korang siat2 la.. besar2 pun tak apa.. ikut sesuka hati korang la.. Pas dah abis siat2 tu.. korang panas kan kuali lagi sekali dan goreng burger tadi tu.. Bila dah siap goreng, toskan dan letakkan kat bekas yang berisi kentang tadi tu..

Then, korang tumbuk2 la kentang ngan daging burger tu sampai lumat.. aku selalu guna yang yang buat tekan2 burger tu untuk hancurkan kentang ngan burger.. ala macam mana ek.. tak tahu la ap namanya.. emm korang tengok la gambar kat bawah ni..

tengok benda yang dia pegang untuk tekan2 burger tu

Selepas dah hancurkan kentang ngan daging burger tu.. korang letak la sedikit planta dalam tu.. letak garam secukup rasa korang, daun sup yang dah dicincang tu tadi dan juga sedikit serbuk lada putih.. korang gaul2 sehingga sebati..

Setelah siap gaul, korang kepal2 kan la.. nak buat bentuk ape2 pun..ikot sesuka hati jiwa dan raga korang la..

 Dah siap mengepal, korang celup2 ngan putih terlur dan goreng sehingga garing.. Aku yakin bergedil tu tak pecah kalau korang tak kacau bergedil tu.. tapi kalau makan confirm la pecah..

Aku rasa dalam banyak masakan yang aku masak, ni la resepi yang antara yang paling simple sekali.. Just minat dan tak minat je nak buat..

Oklah..sampai sini je..bubbye...

macam ni la bentuk bergedil nya

0 bintang yang bersinar: