Wednesday, August 24, 2011

Salam..yaa resepi baru untuk teruna dan dara.. Tanpa membebel dengan lebih panjang lagi.. Kita "straight to the point" je la ye..

RESEPI IKAN BILIS BERCILI HIJAU


Ingredient nya:
Minyak masak (aku guna cap BURUH,tapi ikot korang la, cap lain pun tak pe)
Ikan bilis, yang dah siap kopek..-100gm (bahan wajib)
Bawang besar, dihiris nipis2..-3biji
Cili hijau,potong halus..-9 tangkai (cukupkan je 10)

Cara memasak:

Panaskan minyak kat kuali dan goreng ikan bilis.. pas tu asingkan ikan bilis tu..
Masukkan bawang dan cili hijau... kacau hingga bau naik..
Then, masukkan ikan bilis yang dah kita goreng tu.. kacau hingga sebati.. (macam buat kuih raya lak)
Hehe.. Ok dah siap pun.. hidang lah kat meja makan..

Senangkan? So yang teruna and dara tu.. jangan la asyik masak maggi je.. banyak lagi masakan mudah yang boleh kita masak..Ok la chow dulu..Mmuuuahhh..!!


Macam ni la rupanya


0 bintang yang bersinar: