Wednesday, October 12, 2011

Semasa aku  blogwalking kat blog2 orang.. aku terjumpa satu artikel yang tak semua orang jumpa.. dan aku rasa artikel ni amat berguna untuk korang2 yang mana menjadikan tahi hidung sebagai makanan ruji ketika waktu lapang.. hehehe.. Mehh baca artikel ni..

VIENNA: Mengorek hidung dan memakan sisanya ialah salah satu cara terbaik menjaga kesihatan tubuh badan, dakwa seorang doktor terkenal di Austria.Pakar paru-paru yang beribu pejabat di Innsbruck, Prof Dr Friedrich Bischinger, berkata golongan yang mengorek hidung dengan jari mereka lebih sihat, lebih gembira dan mungkin lebih sensitif kepada perubahan tubuh mereka.

Dia berkata, masyarakat perlu menerima pendekatan baru untuk mengorek hidung dan menggalakkan kanak-kanak mengguna pakai kaedah itu. Dengan menggunakan jari, anda dapat sampai ke tempat yang selama tidak dapat dicapai dengan sapu tangan, ia menjadikan hidung anda lebih bersih.

Memakan sisanya pula ialah cara hebat untuk mengukuhkan sistem imunisasi tubuh. Secara perubatan, ia memang baik dan perkara semula jadi sempurna untuk dilakukan, katanya.Dalam kes sistem imunisasi, hidung ialah penapis yang memerangkap bakteria dan apabila gabungan ini sampai kepada usus, ia boleh menjadi seperti ubat, katanya.

Perubatan moden cuba melakukan perkara sama melalui kaedah lebih rumit, sesiapa yang mengorek hidung dan memakannya dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh secara semula jadi dengan percuma, katanya. Dia memberi contoh kanak-kanak gembira mengorek hidung mereka tetapi menghentikan perbuatan itu apabila dewasa disebabkan tekanan masyarakat yang menganggap ia menjijikkan dan antisosial.

Saya suka mencadangkan pendekatan baru dengan kanak-kanak digalakkan mengorek hidung mereka. Ia tindak balas semula jadi sepenuhnya dan secara perubatan, ia idea yang baik, katanya.Prof Bischinger juga menyatakan, jika seseorang bimbang mengenai anggapan jiran, mereka masih boleh mengorek hidung di tempat sulit. (Sumber daripada http://paramedik.bbfr.net/t2895-khasiat-tahi-hidung )

Jadi, marilah kita jadikan tahi hidung sebagai amalan pemakanan sihat kita sehari-harian.. Korang try dulu k.. Kalau mujarab beritahu aku.. hehehehe..  eeeeeeeeeeeiiyarkkkzz.....!!!!!

3 bintang yang bersinar:

ayuyuuu :) said...

amboi khasiatnyeee.

awok try lahh dulu.
effect tak? hee :D

Hawa Ahmady said...

@ayuyuu.....hahahaha.. tak mau la.. geliiiiii.. eeeeeee...!!!

Hawa Ahmady said...

@ayuyuu.....hahahaha.. tak mau la.. geliiiiii.. eeeeeee...!!!