Sunday, May 15, 2011

Hari 1: CABARAN 30 HARI

Salam..Untuk hari pertama cabaran 30 ialah menjawab persoalan ini..
"Weird thing u do when u alone"..Sini aku translatekan..
Perkara pelik yang anda lakukan apabila anda bersendirian..
Baiklah semua orang ada perkara pelik yang kita lakukan masa bersendirian..
So...Sudah semestinya aku pun ada perkara pelik yang dilakukan semasa aku bersendirian..
Cehhhhhh ayat aku..Macam nak buat karangan lak...


Haa macam kawan aku, perkara pelik yang dilakukan ketika bersendirian ialah....
Kentut dan menikmati aromanya..hahaha..Menjijikkan..Selekeh betul..
Eleh korang macam tak biasa buat je..Sedangkan dah selalu buat tu..
Tapi tak ngaku..hehe.

.
 hanya gambar dari google


Oklah..Aku suka gigit kuku masa aku sorang2..Yela..
Tak ada orang nampak..Tak ada yang tegur..Kan best..
Aku dapat rasa kesemua bakteria yang terdapat kat kuku aku tu..
Cuba korang try...hehehe...('ter'crazy jap)
Even aku suka gigit kuku..tapi kuku aku runcing dan bersinar-sinar..
Tak yah susah2 nak kaler2 kuku..Jimat kan..(saja promote kuku jap)

hanya gambar dari google


Then perkara pelik yang aku selalu buat bila aku sorang2 ialah....
Aku suka ambik gambar guna webcam..
pastu boleh lak aku posing macam2 gaya..
Of coz la gambar nya tak la cantik pun..
buruk je aku tengok..gambar macam beruang pun ada..
Tapi aku nak buat pengakuan ni.. 
sebenarnya gambar aku semua cantik..
Aku memang nak kasi peluang Mak cik Aishah untuk muntah kali ini...
Padan muka awak...heheehehehe...


gambar ni langsung tak ada kena mengena

Oklah..saya dah selesaikan cabaran hari pertama saya..korang lak?

P/S:  Selamat Hari Guru kepada semua Guru di Malaysia..


Saturday, May 14, 2011

LEGA RASANYA

Salam..hai....lega rasanya..kerana blog aku kini..dah tak 'menyemakkan mata aku' macam dulu lagi..
Kiranya sekarang ni aku dah 'matured' laa...hahahaha...Perasan gila kan..tapi it's ok..
Hope sapa2 yang baca pun tak rasa macam berbulu la tengok belog aku yang tak seberapa ni..
Ikotkan hati aku..aku nak je tambah widget banyak2..kasi warna warni lagi...
tapi aku tak nak la..sebab macam budak2 lagi la..aku kan dah 19...so..
Aku rasa aku nak buat perubahan kat dalam belog aku..
biar belog aku nampak simple..tak adalah warna warni macam warna tadika..
even my lelaki yang terpenting dalam hidup aku cakap kat aku...yang dia suka sangat tengok belog aku..
Namun begitu..kan dah terkeluar penanda wacana aku...Aku tetap nak tukar...
Biar nampak ada perbaharuan dalam belog aku ni..

Sebenarnya tujuan aku post kali ini adalah disebabkan aku dipaksa oleh seorang
wanita yang 'busuk' bernama aishah..nak kenal ngan dia tak?
Ini belog dia..Sini..."Mak cik aishah..aku dah post dah..rajin2 la baca belog aku"...

Tujuan yang kedua aku ialah...aku rasa seronok tengok belog YUYU ZULAIKHA...
yang post pasal cabaran 30 hari tu...ok lah pandai2 lah korang cari ea..
Post dia yang mana satu...Aku pun dah lupa..So aku pun rasa macam nak buat jugak la..
sibuk je kann...   AHHHH...Aku peduli apa...Yang penting aku enjoy..
Yela..xkan selalu nak post pasal luahan perasaan je kan..
So bermula saat ini..Saya akan menghadapi cabaran 30hari..

JENG..JENG..JENG...
Wahhhhhh...Kan best soalan STPM macam ni..
Senang aku jawab..

So,apa tunggu lagi..korang patut cuba gak..
baiklah..itu sahaja untuk hari ini...

Saturday, May 7, 2011

happy.jealous.geram.sedih.rindu

Macam2 kan perasaan aku masa ni..
aku happy sebab computing tadi 'macam' senang..
sampai aku tak tahu lah betul ke tidak apa yang aku buat untuk exam computing..
hope ada yang betul lah..Sebab aku tak study..
Aku study last minute..haaa..baru namanya "PADAN MUKA"...

Sir dah cakap awal2 suruh study...study...
Tapi tak nak dengar..
ikotkan..dah jadi murid yang derhaka aku ni..
Nasihat cikgu tak nak dengar..
bila exam tahu lak aku nak meraung..
macamner lah kawan2 aku boleh tidur masa exam computing..
senang sangat ke soalannya..??
aku rasa ada gak yang susah..
ke aku je yang ada perasaan macam tu..

tapi..
aku tak tahulah..
aku study separuh je yang masuk dalam kepala otak aku ni..
yang lain keluar balik..
ishh...masalah ni..

Then aku J-E-A-L-O-U-S dengan seseorang ni..
kenapa tah aku jealous dengan dia..
sedangkan...argggghhhhhhhh....!!!!!
Sabarlah hatiiii.....

Hari ini aku sedih sebab MR.C akan kahwin tak lama lagi..
huhuhuhuhuhuhuhu...
Ya Allah..tabahkan hati aku..


macam rupa aku la ni..perasan

Dan kepada jejaka yang tersangat la penting dalam hidup aku..sentap
aku rindu kau lah...tak reti2 ke nak mesej ke..call ke...
dah macam stonecold aku tunggu ni...