Friday, July 29, 2011

Resepi Ayam Masak Kicap

Salam readers.. Dah lama aku tak kasi resepi masakan untuk korang kan? Hari ni aku tiba2 rajin lak nak post pasal masakan.. Biasa la..  Perempuan ni kalau pandai macamana pun, tak reti masak pun tak guna jugak kan..?

Oklah..meh kita berlajar masak AYAM MASAK KICAP..

Masakan untuk (1 atau 2 orang)

Ingredient nya:

1 bahagian ( peha ayam)
garam dan (kunyit secukup rasa)
minyak (untuk menggoreng)
1/2 biji bawang (di hiris tipis-tipis)
2 ulas bawang putih (di mayang)
1cm halia (dicincang halus)
kicap pekat manis (secukup rasa)
2-3 biji cili padi (dipotong dua)
1-2 batang cili hijau


Cara-cara untuk memasak

1 Potong ayam dan bersihkan

2. Lumurkan garam dan kunyit dan goreng sehingga 2/3 masak. lepas tu ketepikan laa..

3. Ambik dua sudu besar minyak lebihan gorengan ayam tadi.

4. Tumiskan bawang putih, bawang besar, halia dan cili sampai naik bau

5. Kemudiaan masukkan kicap dan ayam dan gorengnya sehinnga ayam tu masak semasak masaknya  (berapa kali tah nak guna perkataan 'masak')

6. Ahkir sekali semai lah benih2 kalau yang suka pedas2..korang boleh la masukkan cili hijau dalam masakan korang tu.. Cili hijau tu boleh la dihiris kecil kecilann..

7. Goreng sekejap lagi dan padamkan api..

Ok...!!!! Dah boleh siap untuk makan....Aummmmm...!! Aummm..!!
Jangan lupa untuk try resepi yang aku kasi ni ye.. bubbye..!!

Hiasan si mata2

Monday, July 25, 2011

Ayat selepas kahwin...

Salam readers sekalian.. setelah semalaman study untuk exam perniagaan, akhirnya aku tekad untuk update belog aku yang CANTIK,CUTE,BOMBASTIC,FANTASTIC and PLASTIC ni..hahaha..

Cuba la korang selami kata2 aku ni k..kalau setuju dengan pendapat aku, katakan 'Ya Betul..', kalau tak setuju, katakan 'Pehh..siyal la..'  Aduh...tragis nya kalau korang cakap macam tu kat aku..sob..sob..sob..

Televisyen
7hari selepas kahwin:  Sayang..kita nak tengok cerita apa malam ni?
7minggu selepas kahwin: Sekejap ehh.. bagus tau cerita ni..
7tahun selepas kahwin: APASAL TUKAR2 CHANNEL NI...!!!!

Sebelum Tidur
7hari selepas kahwin: Honey..good night..sweet dream..muahhh..!!muahhh..!!
7minggu selepas kahwin: Tolong matikan lampu tu..silau la..
7tahun selepas kahwin: SANA SIKIT LAH..!! AWAK NI AMBIK RUANG AR..!

Balas SMS
7hari selepas kahwin: Ye sayang, kejap lagi abang balik ya..abang ada beli ABC untuk ayang..
7minggu selepas kahwin: Trafik jam ni..
7tahun selepas kahwin:EMM...!!

Baju baru
7hari selepas kahwin: Cantiknya sayang ku..macam Erra Fazira..
7minggu selepas kahwin: Aikk..?? Baju baru lagi?
7tahun selepas kahwin: BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU..!!

Hadiah ulang tahun perkahwinan
7hari selepas kahwin: Sayang..abang belikan cincin emas dari HABIB JEWELS untuk sayang..
7minggu selepas kahwin: I beli penyapu je.. biar bersih sikit rumah kita..
7tahun selepas kahwin: NI DUIT.. BELI LAH SENDIRI APA YANG U NAK..

Masakan
7hari selepas kahwin: Emmm..sedap nya masakan u sayang...
7minggu selepas kahwin: Kita makan apa ye malam ni??
7tahun selepas kahwin: HAH..!!! LAUK NI LAGI..!!!

Rancang holiday
7hari selepas kahwin: Macamana kalau kita jalan2 pergi Switzerlond or mana2 tmpat yang sayang suke?
7minggu selepas kahwin: Alaa..kita ke rumah mak dengan abah je la..Senang sikit..tak yah naik flight..
7tahun selepas kahwin: APA? JALAN2? BUANG DUIT JE..BAIK DUDUK RUMAH..

Hisan si mata2
Aduhai sedihnya.. tapi perkara macam ni la yang selalu berlaku..
ciss..aku ke yang taip ni?? Apepon..renung2 kan dan selamat "bergeli2"..hahaha

P/s: Tidak cukup tidur..!!! Ngantuknya..!!!

Sunday, July 17, 2011

Buat orang fall in love dengan kita..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. dah lama aku tak bagi salam panjang2 macam ni.. Kiranya malam ni aku dah bertaubat la.. hahaha.. Malam ni post aku ringkas je.. Even korang dah tahu cara nak buat orang jatuh cinta kat kita, namun aku tetap nak berkongsi juga ngan korang.. Lihat lah dunia.. Bertapa baik nya insan yang bernama SITI HAWA BINTI AHMADY ni.. hahahaha.. Jangan risau ye korang.. aku dah sediakan 5 baldi untuk muntah2 korang yang amatlah berharga tu..haha..

Cara buat orang fall in love dengan kita:

Korang jadi lah diri sendiri
Tak kisah lah korang ni bodoh ke, buruk ke, gemuk ke, sengal ke.. yang penting jadi diri sendiri.. kita kena tahu yang tak semua orang "perfect" ataupun dalam bahasa melayu nya "sempurna"..

Korang kena pandai ambil perhatian
Ambil perhatian tu jangan la menunjuk-nunjuk sangat sampai orang lain yang tengok pun rasa mual je ngan korang.. Kita kena ambil perhatian secara halus.. Tapi jangan guna makhluk halus lak kan..

Korang try la suka apa yang dia suka
Tapi kalau dia suka belasah orang, korang jangan la ikot pulak..haisssshhh....

Jangan cuba nak berbual, berSMS, 3G dengan dia setiap masa
Nanti dia cepat bosan tau.. Lagi2 time dia nak berak ke.. Masa tu la korang sibuk2 nak 3G la, ape la.. Biarlah time dia free ke, time tu la korang boleh SMS, 3G, 4G, Digi..

Korang mesti ada sense of humour
Don't be so serious k.. Kalau korang ni terlalu serius, dia akan cepat bosan..


Jangan buat diri korang macam terdesak sangat
Buat biasa2 je dah la.. don't be gelojoh2 k..hehe

Emm..ni je dapat kongsi..mata aku pun dah liplapliplapkaripap ni... tunggu post2 yang best lagi akan datang.. love korang ketat2..muahhh...!!

Tanda-tanda anda tidak lagi mempunyai dara.


Salam readers...apa khabar? Hope semua sihat..Post kali ni hanya untuk lelaki sahaja..Tapi perempuan pun wajib ambik tahu pasal benda ni..Kadang-kadang kan kita tak terfikir apa pandangan lelaki terhadap diri kita.. Tengok macam ok je.. Tapi sebenarnya setiap segenap diri kita ini kerap diperhatikan.. Aku sebenarnya segan nak post pasal tanda-tanda tiada dara ni.. Tapi ni just untuk berkongsi pengetahuan dengan korang semata-mata.. Harap tiada yang boikot aku lepas ni.. Sebelum korang baca or cakap bukan2 pasal post aku yang selanjutnya, aku nak mintak maaf terlebih dulu ehhh...

Oklah..Mari kita mulakan..

Tanda-tanda gadis yang sudah hilang dara..

DAHI
Gadis yang ada lagi dara ni mempunyai dahi yang licin. Bagi yang tiada dara lak, dahi dia macam berkedut-kedut sikit.. Tapi bukan berkedut-kedut macam orang dah berumur tu.. Kalau yang berumur tu kedut dia nampak kekal and jelas..Ni kedut yang lain sikit.. Kita boleh nampak dahi gadis yang tiada dara ni berkedut masa dia tengah bercakap dengan kita.

HIDUNG 
Hidung gadis yang masih suci ni hujung hidung dia warna kemerah-merahan.. Kalau kita sentuh lagi lah nampak merah.. Tapi kalau gadis yang tiada dara ni pulak hujung hidung dia memang nampak merah..tapi ada macam pucat2 sikit..

MATA
Ala korang masa dating kan dah biasa "menjeling menjeling ku bertentang.. mata kita sama memandang.. bercakap,bertanya dan bermesra...."  sambil2 jeling2 tu..korang tengok la bawah kelopak mata gelpren korang tu..ada tak macam berlipat-lipat sikit.. ataupun macam tanda lebam ataupun macam garis2 hitam.. tu maknanya.. emm sorry to say ye korang.. she is not virgin..

BUAH DADA
Errr.... yang ni aku rasa korang expert kan? So aku malas nak terangkan..Hehehe...

PERUT
Kalau pecah dara maknanya perut pun pecah.. Perut gadis yang tiada dara ni kembang dan buncit sikit.. Kalau yang macam aku ni, buncit asli.. hahahaha..

RAMBUT
Rambut gadis yang masih ada dara kelihatan lembut, rapi, segar dan tak lah kasar.. Tapi lain lah pulak untuk yang tiada dara ni.. Rambut gadis ni agak kusam dan macam tak bersemangat je kalau tengok..


BIBIR
Gadis yang masih ada dara lagi mempunyai bibir yang warna pink2.. dan tak ada warna hitam and garis2 pucat.. bibir gadis yang ada dara nampak licin dan mempersonakan.. Sebaliknya, kalau yang tiada dara lak bibirnya nampak macam lebam2 sikit and bahagian tengah bibir nya nampak retak2 sikit..

LEHER
Leher gadis yang tiada dara ni ada garis-garis kedut sikit.. Bukan macam garis kedut tua tau.. choyyyy..!!!! dia macam garis-garis pendek, kecil-kecil and putus-putus.. Nanti korang try la belek... Susah nak terangkan.. hehehe..

Semua ni tak confirm 100% menjadi tau.. korang cuba la try and error..hahahaha.. Ni je la yang aku dapat share.. sebenarnya ada banyak lagi.. kalau nak tahu tanya aku sendiri k.. confirm aku layan..  Oklah sampai sini je potpetpotpet aku.. jumpa lagi nanti..

p/s: pagi tadi makan nasi lemak macam makan bubur.. sabar je la.. nak beli lain rasa membazir..

Saturday, July 16, 2011

Sekolahku yang tercintun...!!!

Salam readers...Huargggghhhhhhhhh................!!! Ya Allah sakitnya bahuku ini... Penat sangat rasanya.. Tapi.. disebabkan semangat yang membara-bara dan yang telah bercampur aduk dengan perasaan cemburu dan hasad dengki aku pada malam ini, maka aku update belog aku untuk tatapan gadis-gadis perasan comel seperti anak cik rahman dan anak cik rais...Hahahahahah..ketawa jahat

Baiklah untuk post kali ini..aku nak cerita pasal sekolahku tercinta..even aku rasa macam tak sempat je lagi ni untuk participate dalam contest belog ini, tapi it's ok..Alaaa..macam tak biasa lak buat kerja last minute.. haha..

inilah sekolah ku tercinta


Dalam banyak2 sekolah yang aku pernah belajar, aku rasa aku dah jatuh cinta pada sekolah ini.. Aku pun tak tahu lah kenapa kan... Mungkin aura guru-guru yang mengajar kat sekolah tu yang buat aku jatuh cinta sangat2 kat sekolah tu..Disebabkan aku tersangat cinta pada sekolah tu lah yang membuatkan aku berubah..daripada yang jahat kepada baik..(ye je?)..  dan disebabkan cikgu2 lelaki yang handsome dan cikgu2 wanita yang cantik lah yang membuatkan aku nak sekolah hari2..hahaha..(saja nak puji..kasi kembang)...

Untuk tidak buat kan readers aku mual dengan ayat-ayat aku ni.. Aku nak bagitahu awal-awal la yang segala ayat-ayat yang aku taip tadi adalah ikhlas dan lahir daripada hati aku yang suci lagi murni ni.. hahahaha.. cisssss...

Oklah sampai sini je bebelan aku..assalamualaikummm....:)

p/s: cemburu tengok kawan2 aku semua dah nak masuk u..:'(

Promosi..!!! Promosi...!!!





Salam..hai..sawadikap..masuk pintu keluar tingkap..

Aku rasa dah nak dekat sebulan jugak la aku tinggalkan belog aku yang tak berapa nak menyerlah ni .. Al maklum la..Duit aku ni TERsangat la banyak sampai tak TERbayar bil berokband aku tu..tapi kalau aku bayar pun sia-sia je..coz berokband aku tu TERsangat la laju sampai aku TERasa nak buang dalam tong sampah..Sabar je la kan..Haishhhh..

Tapi sebenarnya aku bukan nak buat promosi berokband pun untuk kali ini.. aku nak buat promosi untuk belog yang aku rasa sepatutnya ramai budak sekolah aku patut kunjung..Walaupun agak simple..tapi aku rasa banyak informasi-informasi terkini yang boleh kita kongsi daripada belog ni..So kalau terasa nak tengok..TEKAN SINI..

Sebenarnya aku nak join contest yang ada dalam belog tu..tapi aku tak ada idea nak tulis apa.. Lagipun tarikh tutup contest tu hari ni..cisss melepassss aku..tapi tak apa lah..aku kasi peluang si Aishah and si Tasa tu menang..Sebab diorang lah yang paling semangat dalam bab-bab contest ni..

Oklah u'olls..sampai di sini saje post untuk masa ini..aku nak pergi relax kan kepala aku yang kian serabut ni..

p/s : Saja je buat promosi belog pra-universiti tu..kalau tak mesti ramai yang tak tahu..lagi-lagi pelajar pra universiti..Sebab aku TERsangat lah faham yang korang ni memang rajin tengok belog2 sekolah ni..SENTAP..!!