Wednesday, August 24, 2011

Resepi Ikan Bilis Bercili Hijau

Salam..yaa resepi baru untuk teruna dan dara.. Tanpa membebel dengan lebih panjang lagi.. Kita "straight to the point" je la ye..

RESEPI IKAN BILIS BERCILI HIJAU


Ingredient nya:
Minyak masak (aku guna cap BURUH,tapi ikot korang la, cap lain pun tak pe)
Ikan bilis, yang dah siap kopek..-100gm (bahan wajib)
Bawang besar, dihiris nipis2..-3biji
Cili hijau,potong halus..-9 tangkai (cukupkan je 10)

Cara memasak:

Panaskan minyak kat kuali dan goreng ikan bilis.. pas tu asingkan ikan bilis tu..
Masukkan bawang dan cili hijau... kacau hingga bau naik..
Then, masukkan ikan bilis yang dah kita goreng tu.. kacau hingga sebati.. (macam buat kuih raya lak)
Hehe.. Ok dah siap pun.. hidang lah kat meja makan..

Senangkan? So yang teruna and dara tu.. jangan la asyik masak maggi je.. banyak lagi masakan mudah yang boleh kita masak..Ok la chow dulu..Mmuuuahhh..!!


Macam ni la rupanya


Kenangan puasa zaman sekolah rendah

Assalamualaikum..sorry la coz dah lama sangat tak update belog ni.. Sibuk puasa la katakan..

Wahhhh... Tak sangka kan dah 24 hari kita berpuasa.. maknanya tinggal lagi beberapa hari lagi nak raya.. Yehhhhh..!! Tak sabar rasanya... Nak makan ketupat, rendang, kuih raya dan macam2 lagi la.. Cehhh aku ni.. Mula2 beria-ia sangat nak kurangkan makan masa bulan ramadan ni.. Huhhh... Hanya just cakap di mulut je la.. Tapi tak kurangkan juga makan tu.. Ni lagi nak dekat raya.. Bertambah lah lagi berat badan aku.. Tapi bukan ini yang aku nak ceritakan pada petang yang sejuk lagi menaikkan nafsu tidur aku..

Hari ni aku nak cerita pasal kenangan puasa masa zaman sekolah rendah dulu.. Mesti banyak kenangan yang korang pun tak boleh nak lupakan kan?  Macam tu jugak aku...

Aku ingat lagi masa Darjah Satu kalau tak silap aku la.. Masa tu aku baru je balik sekolah.. Aku nampak la nenek aku suapkan adik aku makan.. Umur adik aku masa tu baru la 5 tahun.. Kecik lagi.. Tapi yang tak boleh tahan tu, adik aku lak boleh ajak aku makan sekali.. Nenek aku dah la masak sedap lak tengahari tu.. Emmm masak lauk ikan selar goreng berlada ngan pajeri nenas.. Pehhh.. aku dah tak pikir ape dah.. Terus je duduk sebelah adik aku.. Lepas tu nenek aku cakap macam ni kat aku.. "Kakak.. kan puasa.. mana boleh makan"..  Peduli ape aku.. Dah kecur dah air liur aku ni.. Maka telah berbuka puasa la aku pada tengahari yang mulia itu...Hehe...

Tak lupa gak kenangan masa Darjah Lima, masa tu tengahari gak... Sepupu aku datang la rumah aku.. Tapi tetiba je aku rasa macam rumah aku tu sunyi semacam.. sedangkan tadinya aku dengar adik aku ngan sepupu aku main masak2.. dan dengan rasa was2 nya, aku gi la dapur.. aku skodeng la kat tepi dinding.. aku nampak adik dengan sepupu aku ngah tengok2 bekas air.. Pas tu kalau tak silap aku.. adik aku ambik cawan and kongsi air ngan sepupu aku.. Pehhh.. masa tu aku dah cemburu dah.. yela.. adik aku kongsi air ngan sepupu perempuan lak tu.. Cisss.. takkan aku biarkan ia berlaku.. So dengan timbulnye sifat dengki dalam diri ini maka aku ngadu kat ibu aku tentang kegiatan tak senonoh mereka itu tadi.. Maka kantoi la kegiatan mereka itu..hehe..Jahat kan aku.. Try la rampas adik aku dari aku kalau berani...

Itu je la kenangan masa puasa zaman sekolah rendah aku.. Kalau korang ada kenangan yang nak kongsi ngan aku.. Cerita la kat kotak komen bawah tu.. Aku sudi membacanya.. Okla sampai sini saje.. Bubbye..

P/S: SELAMAT HARI RAYA KORANG...!!!!


Monday, August 15, 2011

Resepi Bergedil

Salam sejahtera readers... Hari ni aku nak ajar atau nak kongsi ngan korang semua resepi  bergedil yang aku cipta sendiri tanpa ada campur tangan ibu, nenek, ayah, mahupun adik kesayangan aku..

RESEPI BERGEDIL

Ingredientnye:

kentang (pastikan kupas kulit kentang tu dulu ye)
daging burger (aku biasa guna burger RAMLY)
telur (asingkan yang kuning ngan yang putih)
butter (biasa guna PLANTA)
daun sup
serbuk lada putih ( di cincang)
garam

Cara-caranya:

Kentang yang dikupas kulitnya tu, korang potong la sesuka hati korang, nak besar2 ke..kecik2 ke..
Lepas dah potong kentang tu, korang panaskan kuali dan goreng kentang yang korang potong tadi..
Bila dah masak, korang angkat dan toskan. Letaklah dalam satu bekas yang agak besar sikit.

Seterusnya., daging burger yang mentah tu korang siat2 la.. besar2 pun tak apa.. ikut sesuka hati korang la.. Pas dah abis siat2 tu.. korang panas kan kuali lagi sekali dan goreng burger tadi tu.. Bila dah siap goreng, toskan dan letakkan kat bekas yang berisi kentang tadi tu..

Then, korang tumbuk2 la kentang ngan daging burger tu sampai lumat.. aku selalu guna yang yang buat tekan2 burger tu untuk hancurkan kentang ngan burger.. ala macam mana ek.. tak tahu la ap namanya.. emm korang tengok la gambar kat bawah ni..

tengok benda yang dia pegang untuk tekan2 burger tu

Selepas dah hancurkan kentang ngan daging burger tu.. korang letak la sedikit planta dalam tu.. letak garam secukup rasa korang, daun sup yang dah dicincang tu tadi dan juga sedikit serbuk lada putih.. korang gaul2 sehingga sebati..

Setelah siap gaul, korang kepal2 kan la.. nak buat bentuk ape2 pun..ikot sesuka hati jiwa dan raga korang la..

 Dah siap mengepal, korang celup2 ngan putih terlur dan goreng sehingga garing.. Aku yakin bergedil tu tak pecah kalau korang tak kacau bergedil tu.. tapi kalau makan confirm la pecah..

Aku rasa dalam banyak masakan yang aku masak, ni la resepi yang antara yang paling simple sekali.. Just minat dan tak minat je nak buat..

Oklah..sampai sini je..bubbye...

macam ni la bentuk bergedil nya

Sunday, August 14, 2011

Novel Kasih Yang Suci

Assalamualaikum..
Disebabkan member2 aku dah bebel suruh aku update belog..maka dengan itu..aku update la belog ni.. Tak tahu laa.. sejak akhir2 ni macam malas je nak update belog.. sebab mood nak menaip cerita2 sensasi tak sampai lak.. Tapi pada hari ni..tergerak lak hati nak update.. so.. berbalik kepada topik aku pada hari ini ialah........
Novel Kasih Yang Suci hasil karya MEEN ZULAIKHA...

Korang penah dengar cerita tak pasal novel ni? Novel ni diadaptasikan daripada cerita Nora Elena.. Alaa yang kat TV3 tu.. yang ada SETAN tu.. Ehhh salah lak.. SETH TAN....haa baru betul.. Kalau yang dalam TV tu aku tak feel sangat la.. Cuba korang try baca novel dia lak... feel abis...rasa macam aku yang jadi NORA ELENA.. hahahahahahaahah.. perasan lebih lak.. tapi serius aku cakap.. Novel tu memang best.. Novel tu ada jalan cerita yang baik.. Memang berbaloi la aku beli novel tu.. Aku nak kasi orang pinjam.. Tapi aku sayang sangat dengan novel tu.. So minta maaf sangat2 k.. Aku bukan nak kedekut.. Tapi novel ni merupakan novel kedua kesayangan aku yang penah aku beli menggunakan duit aku sendiri... Harap korang faham..

Okla sampai di sini saja..cotcetcotcet aku pada petang yang sejuk ini... adios~

Ni la novelnye..beli jangan tak beli