Wednesday, October 26, 2011

Terpaksa Menyepi

Berita yang amat menyedihkan..

 Aku yang bernama Siti Hawa Binti Ahmady ingin menyepikan diri bermula dari saat ini sehingga 8.30 malam pada 13 Disember 2011 atas sebab-sebab perkara yang tak dapat aku elakkan iaitu untuk menduduki Peperiksaan STPM..

Aku juga ingin mengambil kesempatan dalam kesempitan ini untuk mengucapkan..


HAPPY DEEPAVALI to ane yang handsome2 kat luar sana..hehe..

Doakan aku berjaya ye semua... muahhhhhhhhh....!!!

Sunday, October 23, 2011

SPORT TOTO

Evening semua..

Korang tahu tak apa itu SPORT TOTO..? 

SPORT TOTO ialah tiket yang memberi korang kebahagiaan jika korang bernasib baik.. SPORT TOTO juga ialah tiket yang akan memusnahkan hidup korang jika korang beli dengan kadar yang banyak, tetapi korang tidak mendapat apa-apa pulangan yang korang harapkan daripada tiket yang korang beli banyak2 tu.. Maksud SPORT TOTO yang aku kasi ni clear tak..? or boleh dikatakan sampai tak kat korang? Hope sampai k.. 

Alaa senang kata nombor ekor tu SPORT TOTO la..

Dulu time aku teman mak pergi bank je, mesti aku nampak orang berduyun-duyun pergi beli tiket kat kedai sebelah.. Kedai SPORT TOTO tu.. Ramai orang Melayu and yang beragama Islam pulak tu yang beli tiket SPORT TOTO tu.. Dorang tak rasa bersalah and membazir ke buat macam tu? 

Korang tahu tak yang membeli dan yang menggunakan hasil daripada nombor ekor tu haram?? Orang yang terbabit dengan nombor ekor tu jugak haram ye.. Even kalau korang gunakan nombor ekor untuk derma dan sedekah kepada orang susah juga still haram dan tak mendatangkan apa2 ganjaran yang berharga untuk korang.. 

Oleh itu, sebagai saudara sesama Islam.. aku nak nasihatkan sesiapa yang melibatkan diri dalam belian and jualan nombor ekor ni supaya berhenti la.. Belum terlambat lagi..... Nombor ekor ni tidak mendatangkan apa2 kebaikan.. hanya keburukan semata-mata..

tengok tu.. ada yang pakai baju melayu.. emm


p/s: Ini bukan entri emosi.. hanya ingin berkongsi dan saling mengingati sesama kita.. hehe

Saturday, October 22, 2011

Si Dara dan Si Teruna

Part 1

Situasi: Di sesuatu tempat awam..
Dara: Emmm Teruna.. kenapa kau tak boleh terima aku..?

Teruna: Entahlaa Gadis... *konon2 buat tak tahu*

Dara: Kenapa ye kau tak minat kat aku?

Teruna: Entahlaa Gadis.. *still lagi buat tak tahu*

Dara:  Dengan aku pun nak rahsia ke Teruna? *Geram + Tension*

Teruna: Tak ada la.. Bagi aku.. kau dah cukup package sebenarnya.. Just satu je yang aku tak berapa nak suka..

Dara: Apa dia? *cehh.. tak reti sabar pulak aku ni*

Teruna: Sebab kau tu gedik sangat..

Dara: Erkkkk.. ye ke..? *padan muke..ambik kau sebijik*


Tetiba si Teruna tenung si Dara.. Si Dara buat muka macam bagos je.. cover la konon..


Dara: Teruna.. kau suka perempuan yang macamner? *saje nak test lagi*

Teruna: Dara.. aku ni tak memilih sangat.. yang penting dapat perempuan yang reti masak..

Dara: Aku reti masak tau Teruna.. *riak gila vavi..hehe*

Teruna: Bukan reti masak je yang aku pandang.. aku pun nak perempuan yang pandai jaga hati mak aku..

Dara: Kalau macam tu aku nak jaga hati mak kau, aku nak belajar masak and aku tak mahu gedik lagi.. *kau tak kenal lagi siapa aku*

Teruna: Cuba la kalau boleh.. *saje nak cabar kau Dara*

Dara: Ok.. mana la tahu kan.. Nothing is impossible.. *cabar la aku lagi Teruna*

So.. korang rasa apa yang akan yang akan terjadi seterusnya? Adakah Si Dara dapat membuktikan kepada Si Teruna yang Si Dara akan berjaya dalam masak memasak? Mengubah attitude Dara yang gedik? And also yang lebih penting lagi, menjaga hati mak Si Teruna?

Hanya doa anda dan usaha Si Dara yang menentukan segalanya..

Nantikan sambungan Si Dara dan Si Teruna akan datang.. 
Hanya di Belog Hawa Ahmady... Chill ya..!!!

Heheheheheheeheheee... :)

Friday, October 21, 2011

GIVEAWAY Marliyana Mk

Setelah habis baca komen2 dekat entri yang lepas.. Suddenly... Aku terpandang pulak link Giveaway Marliyana MK.. And suddenly jugak aku rasa macam nak dapatkan je Giveaway dari Marliyana MK tu..

So, untuk membuktikan dan meyakinkan korang lagi yang aku join Giveaway ni.. Ni aku letakkan banner Giveaway Marliyana MK..

comelkan Marliyana MK?

Untuk caption diatas tu aku ikhlas puji Marliyana MK.. hehe.. Tiada niat untuk mengampu or what so ever laa.. So korang jangan judge aku bukan2 tau..

Maka dengan bangganya aku menge-TAG tiga orang yang aku sayangi agar mereka juga sama-sama berjuang untuk mendapatkan Giveaway Marliyana MK ini.. cehhh..


Untuk blogger2 lain yang nak join jugak Giveaway ni.. Just tekan je kat Banner Giveaway Marliyana MK tu ok? Get it? Haa..!! Macam tu laa...!! 

Okla aku nak chow dulu.. Muuuuahhhhhh....!!!!


Tuesday, October 18, 2011

Echanteur Belle Amour

Hai semua... Emmmmmmm....

Penah tak try perfume echanteur ni..? Bau dia sangat wangi dan lembut tau... Memang kena la dengan jiwa aku..

Hari tu aku beli  perfume yang namanya Echanteur Belle Amour.. Best tau.. Even aku dah berpeluh-peluh pun, bau wangi dia still ada.. So, sekarang ni aku dah bertambah yakin untuk lakukan apa-apa kerja tanpa ada apa-apa halangan.. Korang pun boleh cuba gak..

Aku guna yang warna pink

Untuk mengekalkan lagi kewangian perfume tadi.. Aku guna pulak lotion Enchanteur Belle Amour.. Lotion ni bagus kita gunakan sebelum tidur dan selepas mandi.. Selain dapat memutihkan kulit yang kurang cerah (saje tak mau guna 'gelap'), lotion ni jugak dapat mengelakkan diri korang daripada ciuman si nyamuk..hehe..

Mesti korang tanyakan.. "Apa kena mengena dengan nyamuk?".. Haaa.... buat pengetahuan korang.. nyamuk tak suka wangi2..

ini lotion nye..

So, apa lagi tunggu..?? Belilah sementara stok masih ada..

Sunday, October 16, 2011

Disihir menggunakan Facebook

Tadi aku on Facebook kejap.. suddenly.. aku ternampak pasal kes sihir menyihir ni..



Macam2 la yang boleh terjadi sekarang ni.. Kesian aku tengok girl ni.. Tapi kadang2 salah kita jugak kan.. Kita yang membuatkan orang sihir kita.. 

So, aku nasihatkan.. kalau nak letakkan gambar korang pun.. letak la gambar separuh badan.. jangan la yang full satu badan.. sebab kalau orang nak kenakan kita memang senang je.. Lagi2 kalau yang memang yang sentiasa dengki and tak puas hati dengan apa yang kita ada..



Perkara yang aku pelajari daripada Blogger

Selamat pagi untuk insan2 yang belum lagi melelapkan mata.. 

Actually aku tak ngantuk lagi.. tu pasal aku buat post ni masa time orang tengah lelehkan air liur basi kat bantal dorang..

Emmm.. sekarang baru aku sedar yang banyak jugak perubahan dalam penulisan aku ni.. bukan la aku nak cakap yang blog aku ni bagus penulisan nya.. aku just nak titipkan sedikit penghargaan kepada diri aku and blogger yang lain..

Dulu cara penulisan dalam blog aku ni sebijik ayat SMS.. Bila aku baca2 balik.. macam taik pulak setiap perkataan yang aku taip dulu.. Yela.. separuh reader faham la apa yang aku tulis.. yang tak faham tu macam mana pulak kan? So untuk senang kan hati reader supaya tak banyak berfikir, aku taip dengan lebih jelas dan nyata.. Biar ayat nampak skema.. yang penting reader aku senang sikit nak baca.. ceeewahhhh...!!

Dulu aku banyak cerita pasal lelaki, perasaan cemburu yang tak bertepi and maki2 orang.. Tapi sekarang aku buat post yang gaya bebas and kuak lentang..hehe.. aku tahu.. reader pun kadang2 meluat jugak kalau kita asyik cerita pasal lelaki memanjang.. sebab aku pun kadang2 meluat jugak baca blog yang cerita pasal lelaki memanjang.. opppsss.. tapi kalau baca post yang cerita pasal lelaki sikit2 tu tak meluat la..( ayat cover coz takut kena maki)..hehehe..sorry..

Dulu aku suka letak widget banyak2 dalam blog aku.. tapi sekarang dah kurang dah.. atas nasihat blogger jugak la.. lagipun masa tu blog aku berat sangat la.. blogger2 lain yang nak baca post aku pun susah.. loading lama sangat.. (ceh.. ada ke orang nak baca post aku?)

Dulu aku guna embedded below post untuk komen.. tapi sekarang aku guna pop-up window.. senangkan? aku tahu.. kadang2 agak leceh kalau guna embedded below post.. lagi2 time nak komen tapi line broadband slow gila vavi.. so.. aku buatlah pop-up window..haa.. lupa pulak.. aku pun tak letak word verification tau.. sebab aku benci benda alah tu.. menyusahkan aku je..

Haa.. ini adalah antara transformasi yang paling ketara yang korang boleh nampak dalam blog aku..

Terima kasih semua blogger2 and reader2 yang prihatin.. segala nasihat anda amat aku hargai.. dan telah aku praktikkan pun.. :)

Birthday Adam

First of all... aku ingin mengambil kesempatan dalam kesempitan ini untuk ucapkan..

Happy Birthday Muhammad Adam Bin Ahmady..!!!!

Wahhhhh...!!! dah dewasa dah adik bulat-bulat yang aku sayangi ni.. Semoga dengan semakin meningkatnya usia kita, semakin bertambah lah amalan kita.. ambik kau ceramah sebijik..hehehe

 Even aku ni nampak je macam zalim di depan mata kau.. tapi hati aku baik.. cehhhhhhhh.. aku ni saja nk ambik hati kau.. memandangkan lepas ni duit kau bertambah banyakkan.. so boleh la belanja aku BIG APPLE.. hahaha..:D

Buat pengetahuan korang.. Aku ni sebenarnya baru je balik makan steamboat dengan family aku.. yela.. kan birthday adik aku.. so family aku sambut birthday adik aku dengan membawa kami sekeluarga makan steamboat di Restoran Lagi Best..

Balik je terus update blog.. tak menyempat tunggu esok.. So, ni aku kenalkan korang birthday boy yang ku cin-taik...

yang sebelah adam tu GF dia..

Ni ada gambar steamboat untuk korang.... Aku ni suka share ngan korang.. tak suka simpan sorang2.. baik tak aku?



Steamboat.. aummmmm..!!!


Tak banyak gambar yang dapat aku upload.. coz gambar yang lain semua gerak2.. biasalah kamera murah.. ada sesiapa nak kasi aku kamera baru..?? dipersilakan untuk buat demikian.. Sumbang lah ke Tabung Kebajikan HAWA AHMADY.. Sumbangan anda amat dihargai.. ngehhh~









Wednesday, October 12, 2011

Khasiat Tahi Hidung

Semasa aku  blogwalking kat blog2 orang.. aku terjumpa satu artikel yang tak semua orang jumpa.. dan aku rasa artikel ni amat berguna untuk korang2 yang mana menjadikan tahi hidung sebagai makanan ruji ketika waktu lapang.. hehehe.. Mehh baca artikel ni..

VIENNA: Mengorek hidung dan memakan sisanya ialah salah satu cara terbaik menjaga kesihatan tubuh badan, dakwa seorang doktor terkenal di Austria.Pakar paru-paru yang beribu pejabat di Innsbruck, Prof Dr Friedrich Bischinger, berkata golongan yang mengorek hidung dengan jari mereka lebih sihat, lebih gembira dan mungkin lebih sensitif kepada perubahan tubuh mereka.

Dia berkata, masyarakat perlu menerima pendekatan baru untuk mengorek hidung dan menggalakkan kanak-kanak mengguna pakai kaedah itu. Dengan menggunakan jari, anda dapat sampai ke tempat yang selama tidak dapat dicapai dengan sapu tangan, ia menjadikan hidung anda lebih bersih.

Memakan sisanya pula ialah cara hebat untuk mengukuhkan sistem imunisasi tubuh. Secara perubatan, ia memang baik dan perkara semula jadi sempurna untuk dilakukan, katanya.Dalam kes sistem imunisasi, hidung ialah penapis yang memerangkap bakteria dan apabila gabungan ini sampai kepada usus, ia boleh menjadi seperti ubat, katanya.

Perubatan moden cuba melakukan perkara sama melalui kaedah lebih rumit, sesiapa yang mengorek hidung dan memakannya dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh secara semula jadi dengan percuma, katanya. Dia memberi contoh kanak-kanak gembira mengorek hidung mereka tetapi menghentikan perbuatan itu apabila dewasa disebabkan tekanan masyarakat yang menganggap ia menjijikkan dan antisosial.

Saya suka mencadangkan pendekatan baru dengan kanak-kanak digalakkan mengorek hidung mereka. Ia tindak balas semula jadi sepenuhnya dan secara perubatan, ia idea yang baik, katanya.Prof Bischinger juga menyatakan, jika seseorang bimbang mengenai anggapan jiran, mereka masih boleh mengorek hidung di tempat sulit. (Sumber daripada http://paramedik.bbfr.net/t2895-khasiat-tahi-hidung )

Jadi, marilah kita jadikan tahi hidung sebagai amalan pemakanan sihat kita sehari-harian.. Korang try dulu k.. Kalau mujarab beritahu aku.. hehehehe..  eeeeeeeeeeeiiyarkkkzz.....!!!!!

Tuesday, October 11, 2011

Merokok Membahayakan Kesihatan

Kadang-kadang aku tak faham la... apa yang best sangat merokok tu?

Korang akan nampak lebih bergaya and macho ke kalau merokok?  Ishhh.. pelik2 je la.. kalau isap sorang2 tu tak apa laa.. ni satu rokok tu leh share2 pulak dengan kawan2 yang lain.. Korang tahu ke kawan korang tu gosok gigi ke tak.. Eeeeeeiiyarkkkzz...

Hei... Nasib baik aku ni tak kisah kalau orang merokok.. Insan2  yang rapat dengan aku pun aku tak kisah kalau dorang nak merokok.. yang penting tak merokok depan aku.. kalau aku nak suruh dorang berhenti merokok, nanti dorang cakap aku ni mengongkong dan tak faham jiwa dorang sebagai seorang remaja.. yela zaman remaja kan zaman kebebasan.. kononnya la..

Tapi aku tak tahu la.. korang ni tahu ke tak tahu bahan kimia yang ada dalam rokok yang korang isap tiap2 hari tu..? Kalau korang ni memang tak tahu and tak pernah ambik tahu so sini aku bagitahu supaya korang tahu.. dah terbelit-belit lidah aku ni haa..

Bahan kimia merbahaya yang terdapat dalam asap rokok:


Tar (bahan untuk membuat jalan raya)
Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)
Napthylamine (ubat gegat)
Arsenik (racun anai-anai)
Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan)
Kadmium (terdapat dalam bateri)
DDT (Ubat nyamuk)
Formaldehyde (untuk mengawet mayat)
Butane (gas yang boleh membunuh)
Methanol (Bahan pembakar untuk roket)
Hydrogen cyanide (racun)
Toluene (bahan pelarut)
Carbon Monoxide (gas beracun)

So korang still nak merokok lagi ke? 
Terpulang la kat korang semua.. Tepuk dada, tanyalah selera.. Aku just mampu berkongsi pengetahuan dengan korang.. Nak ikut ke tak ikut ke.. It's up to you.. 

Jadi sama2 la kita katakan TAK NAK MEROKOK...!!!! Cehhhhh..macam tengah berkempen lak..hahahahaahhahahaha.... =D

macam pocong lak.. serammm..


Monday, October 10, 2011

Aku Telah Jatuh Cinta

Assalamualaikum readers,

Pertama kali aku nak korang tarik nafas dulu... dah tarik belum? ok... kalau dah tarik... tahan... lepas.... haaaaaaaaaaaa... hehehe.. teringat pulak waktu PJK time sekolah2 dulu.. Tapi bukan pasal PJK yang aku nak cerita pada malam yang indah lagi sunyi sepi ini..

Oklah.. sebenarnye... dah sampai masanye untuk aku luahkan perasaan aku yang dah lama sangat terpendam ni..  Ikutkan aku segan sebenarnya nak beritahu pasal hal ni.. tapi jiwa aku ni dah meronta-ronta.. Oleh itu, dengan segala kudrat empat kerat yang aku ada ni.. aku ingin menyatakan bahawasanya ..

AKU TELAH JATUH CINTA..!!

Terpulanglah kat korang.. nak cakap aku zalim ke ape ke? Bukan aku saja je nak tinggalkan kekasih aku sebelum ni.. Tapi aku rasa.. Si dia yang baru ni lagi handsome, manis, and tough daripada yang sebelum2 ni.. Memang betul aku pernah cakap kat korang yang paras rupa tak penting dalam menjalin kan hubungan dengan mana-mana pihak.. Namun aku sendiri tak tahu mengapa.. sekarang ni mata aku bagaikan telah dikaburi dengan janji manis si dia yang sememangnya manis itu..

Argghhhhhhh...!!!! Salah ke aku nak bercinta dengan si dia? Aku manusia biasa.. aku layak untuk mencintai siapa2 yang aku cinta.. hmmmmm.... jangan lah disebabkan hadirnya si dia dalam hidup aku, semua nak jauhkan diri daripada aku.. 

Baiklah.. tanpa menyinggungkan perasaan mana2 pihak.. aku ingin memperkenalkan kekasih baru idaman kalbu... Buat si dia..

 "Sayang, maafkan i.. I sengaja tunjukkan gambar you ni sebagai tanda cinta I terhadap U..."

Inilah dia buah hati baru aku.....


----------------------------------------
-----------------------------------------
-----------------------------------------
----------------------------------------
-----------------------------------------
-----------------------------------------
-----------------------------------------
-----------------------------------------
-----------------------------------------
-----------------------------------------
-----------------------------------------
-----------------------------------------
-----------------------------------------
-----------------------------------------
-----------------------------------------
-----------------------------------------
-----------------------------------------
-----------------------------------------
-----------------------------------------










So.. apa pendapat korang? maniskan si dia... Ohh Magnummmmmmmmmm.. I love you so much...
Anda boleh dapatkan si dia di pasaran... Sedap u... Aummmmmmmmmmm... Hehehehehehe...