Saturday, December 31, 2011

Contest APA BENDA TU? PART 1

INI ADALAH STICKY POST.. SCROLL KE BAWAH UNTUK MEMBACA POST TERKINI..


Disebabkan tangan aku ni dah gatal  sangat  nak update belog,  so ter'update' la belog aku pada malam yang sunyi sepi ni..  sedangkan aku dah bagitau dah kat post lepas yang aku nak menyepi seketika.. apa la aku ni..

Bukannya apa.. tetiba aku rasa nak buat contest lak.. Hadiahnye tak la lumayan sangat.. Tapi penting jugak la untuk korang buat calling2 and SMS mak, ayah, boyfriend, girlfriend dan sesiapa je la.. Aku nak kasi TOPUP RM10 ni... Rasa nya berbaloi tak..? Hope berbaloi laa ea..

Contestnye senang je.. Just teka gambar yang kat bawah ni..


Ni aku kasi pilihan jawapan untuk korang:


  1. tayar
  2. shawl
  3. baju
  4. shah rukh khan
  5. justin bieber
  6. hrintik roshan
  7. edward cullen
  8. power rangers
  9. angrybird
  10. fasha sandha
  11. harry potter
  12. ron weasley
  13. spiderman
  14. Mr.Bean
  15. Anuar Zain

Haa..korang pilih la sampai lebam k..

Syarat-syarat penyertaan:
-Follow Blog Hawa Ahmady ni
-Pastikan korang ada blog
-Letak jawapan kat komen post ni
-Tarikh tutup: 31 Disember 2011


So, jom join contest ni.. mana tahu korang lah insan yang paling bertuah..

UPDATE: KORANG BOLEH LETAK  2 JAWAPAN

Tuesday, December 13, 2011

Ohh Toilet Feveret..!!

Assalamualaikum.. kabare semua?? waras??  dah lama aku tak update blog kan..??
Sorry sangat2 ye semua.. aku baru je lepas habis exam STPM..

Yehhh....!!!! dah MERDEKA... tapi sebenarnya tak MERDEKA sangat la.. coz result STPM belom dapat lagi.. huhuhu.. Ni just intro je..

Actually hari ni aku nak cerita pasal Toilet Faveret aku.. Sebenarnya dah lama aku nak cerita pasal benda ni.. Tapi asyik terlupa je..  Mesti ada yang rasa pelik kan dengan post aku kali ni.. Alaaaa.. korang jangan nak tipu aku la.. Korang pun ada Toilet Faveret kan? Tak baik tau tipu.. Tuhan tak suka orang tipu2.. hehe

Okla, ni aku nak terangkan maksud Toilet Faveret dengan lebih terperinci k.. Toilet Feveret ni bahasa kasarnya ialah tempat yang menjadi kegemaran korang setiap kali membuang air besar dan kecil..

Kalau korang nak tahu.. Antara ciri2 Toilet Faveret aku ialah toilet yang mempunyai pili yang tak bocor, getah paip yang tak bocor, jamban yang boleh di pam dan yang paling penting sekali mestilah toilet tu bersih.. 

Nak di jadikan cerita...

Pada suatu hari, time ni aku kat sekolah la.. aku tetiba je rasa macam nak terkucil.. so.. sudah semestinya aku menuju ke Toilet Faveret aku.. First2 jalan kat depan Toilet Feveret aku tu, aku dah rasa lain macam dah.. Yelaa macam ada bau yang tak menyenangkan.. Namun begitu, tanpa ada perasaan ragu2.. maka aku pun membuka pintu Toilet Faveret aku tu...

Suddenly....


Argggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..........!!!!!!! 


Okla.. jeritan diatas bukan la disebabkan ada orang di dalam toilet tu.. tengah cangkung or what so ever la.. tetapi..... erkkkkkkkk... disebabkan ada something yang berwarna coklat2 yang menghiasi Toilet Feveret ku.. Cissss...!!!! Kuang ajaq..!!! Terus hilang mood terkucil aku tadi..

Kesian my Faveret Toilet dianiaya dengan sebegitu rupa.. How dare orang tu buat 'taik' kat my Faveret Toilet.. Grrrrrrr....... Geramm nyee..!!!

Kesimpulannya, tolonglah pam jamban tu kalau dah siap melepas.. walaupun pam tak boleh digunakan.. siram la guna air.. kasihani la orang lain yang nak gunakan toilet tu.. lagi2 kalau tu Toilet Faveret aku...