Saturday, January 14, 2012

Macam mana ye korang mengatasi perasaan nervous @ gabra di hadapan orang ramai?

Aku atasi nervous aku dengan tidak memakai cermin mata.. Selalunya penyakit nervous aku ni datang masa aku tengah berucap, buat presentation, jadi Pengacara Majlis dan yang sewaktu dengan nya la.. Okla.. kalau aku pakai cermin mata, aku akan perasan yang semua orang tengok aku dan hal ini akan membuatkan ke'nervous' an aku akan semakin menggunung tingginya.. So, kalau aku tak pakai cermin mata.. aku akan nampak orang di hadapan aku tu kabur je.. aku tak kan nampak diorang ketawakan aku ke or buat dunno je ke dengan apa yang tengah aku sampaikan masa tu.. 

Selain itu, aku atasi masalah gabra aku ni dengan memegang sesuatu objek.. either pencil or tissue.. aku biasanya akan menyalurkan penyakit gabra ni ataupun boleh dikatakan penyakit nervous ni pada pencil or tissue yang aku pegang tadi.. dan percaya la.. lepas berakhirnya ucapan, presentation atau yang lain2 tu, aku yakin yang tissue or pencil yang aku pegang tadi tu ada rasa lembap2.. Haa.. ambik kau.. berpeluh-peluh..

hiasan si mata-mata
Korang ada cara lain untuk tangani nervous tak? Share la dengan aku..

okla.. nak chow dulu.. dah ngantuk :)

3 bintang yang bersinar:

EZAD AMIR said...

aq atasi nervous aq dgn melompat2...ekekekeek

Mak Usu said...

a'a samala mcm mak usu..kalo neves suka pgg pensil or apa2 benda la

Hawa Ahmady said...

EZAD: wahhh..!!! tak penat ke lompat2? haha

MAK USU: bestnya.. ada geng..!!