Thursday, January 12, 2012

Aku habis STPM pada 13 Disember 2011 dan start bekerja keesokkan harinya, pada 14 Disember 2011.. Sebenarnya aku nak relax2 masa 14 Disember tu.. Yelakan.. baru je habis periksa, so nak jugaklah tidur sepuas-puasnya kan? Tapi disebabkan memerlukan duit, aku pun start la kerja awal.

Aku bekerja di Kedai Fotostat je.. Eventhough korang kata kerja di Kedai Fotostat nampak senang, namun bagi aku tak la senang sangat.. Tapi aku dah ada kemahiran la dalam bab2 fotostat barang ni sebab aku dah pernah kerja situ masa aku habis SPM dulu.

Bukan 1 atau 2 kertas je yang aku kena fotostat, kadang2 ada customer hantar buku2 untuk aku fotostat.. Ada yang tebal2 macam kamus and ada jugak yang nipis.. So, disebabkan untuk mendapatkan rezeki yang halal, aku buat je la dengan hati yang tabah..

Bekerja dengan berlainan kaum, amat berbeza layanannya.. Kita akan selalu diherdik dan dimarah.. Aku anggap itu semua sebagai asam garam dalam bekerja.. Aku malas nak ambik 'port' sangat..Sebabnya, kalau kita marah balik, akan semakin menjadi-jadi lak perangai dorang ni... Jadi, baiklah kita diam.

Tetapi, bukan selamanya kita boleh berdiam.. Nak tahu cerita tak?

Masa tu tengahari tau.. staff lain semua dah lunch.. Aku ni sanggup korbankan lunch aku untuk layan customer yang secara tiba2 nya masa tengahari tu ramai pulak.. Aku pun layan seorang customer ni..

Aku: Ye.. nak fotostat apa?

Customer : Saya nak fotostat kertas ni.. tiga, tiga, tiga.

Aku: Ok, saya fotostat kertas ni tiga, tiga, tiga k..

Customer: (Hanya mengangguk)

Maka, aku pun fotostat la tiga, tiga, tiga...
Tetiba aku tengok kertas customer tu.. ehh ni dia nak 3 set ke dia nak tiga, tiga, tiga ni?
Aku pun tanya balik

Aku: Ni you nak 3 set ke tiga, tiga, tiga?
Customer: HAAIYOO..!! I nak 3 set la.. tiga, tiga, tiga..!!
Aku: (Aikk? marah aku pulak dia ni.. tadi cakap tiga, tiga, tiga)

Aku punya supervisor (cina) pun datang.. Dia marah aku depan customer yang tengah ramai masa tu.. Malu tidak terkata aku ketika tu.. Masalahnya bukan salah aku.. 

Aku pun ambik balik kertas tu and fotostat balik.. By the way.. lupa nak bagitau.. Customer aku tu pun cina.. 

Masa tengah fotostat tu, aku dah cakap dah kat diri aku.. Jangan nangis.. Sabar.. Kau kuat.. Tetapi aku kalah jugak akhirnya.. Menitis jugak air mata aku yang mahal ni..maka terkena lah kertas customer tadi.. hahahahahah..!! Padan muka kau..!! kaulah punca segalanya.. hati jahat aku berkata.. 

Lepas habis je fotostat barang customer tadi, aku pun sambung buat kerja yang terbengkalai sebelum layan customer tadi.. aku potong2 kertas dalam keadaan marah + sedih..

Tiba-tiba.....................................................

(To be continue......)

5 bintang yang bersinar:

reenapple said...

hurm.. aku dulu pom pernah marah dgan customer.. tapi aku buat bodoh je... normal la bila bekerja...just tsya strong k.. =)

Fatin Mraz said...

sabar ya.. itulah pe'el customer..

Original CikTeddy said...

tiba2?x sbr nk tau ni ..hehe

izz said...

lepas tu apa....customer kadang2 bodo2 jugak...memang kene sabar...

Hawa Ahmady said...

@reenapple: kali ni memang tak boleh handle la.. sedih taw..

@fatin: ikotkan nak gigit2 je customer tu.. hehe

@teddy: bersabar ye..huhu

@izz: tu la.. kalo tak sabar, dah kakikn je..hoho