Friday, January 13, 2012

Tiba-tiba....

Zaaasssssssssssssssssssssssssssssss....!!!

Argghhhhhhhhh..!!! Sakitnya... rupa-rupanya pisau yang aku guna untuk potong kertas tadi telah mengelar jari tengah ku.. ataupun dengan bahasa yang lebih lembut lagi, jari hantu.. hehe

Dah la masa tu tengah sakit hati, ditambah pulak dengan sakit di jari.. double kesakitan lah jadinya.. aku pun cepat2 la pergi toilet.. 

Aku bukak pili air.. and biarkan air mengalir dengan lajunya.. saja je buat macam tu... sebab nak cover aku nangis dalam bilik air.. haha.. ishhhhh.. kenapa pulak tak henti2 darah kat jari ni... 

Tengah aku syok2 nangis dalam bilik air.. Terdengar suara seseorang...


"Siti, you buat apa dalam bilik air.. tangan you luka kan? kenapa terus masuk dalam bilik air?"


Nak tahu tak suara siapa tu? Tu la suara supervisor aku yang marah aku sebab dia kata aku yang salah fotostat barang customer tadi.. Nak tahu aku jawab ape? Macam ni bunyinya..


"Errrr.. auntie.. I tengah pangsai (berak) la..."


Tengok..! Pandai tak aku cover? haha..Tapi buat pengetahuan korang, suara dia lembut semacam je cakap dengan aku tadi.. Nak buat baik dengan aku la tu.. cissss.....!!!

And aku pun keluar daripada bilik air tak lama lepas tu.. 

aku keluar je, supervisor aku pun dah sediakan ubat luka and plaster.. tetiba dia berubah jadi baik.. dia tolong letakkan ubat kat jari aku, lepas tu, dia tolong tampalkan plaster kat jari aku.. Pehhhhhhh..!!! baik gila...!!!!!!

Hati aku pun terubat la sikit.. Kalau aku kata sikit, maknanya memang sikit la.. daripada 100% tu, ada la dalam 5% je yang terubat.. Ya..!! memang ego aku menguasai segalanya.. hahaha...

Sebenarnya kan.. panjang lagi ceritanya.. tapi cukup la cerita nya sampai sini je.. ok..?


1 bintang yang bersinar:

Izz Diyanah said...

haha...serba salah tu...demand sikit..soh dia blahje len kali