Wednesday, January 11, 2012

" Akak.. Tolong masakkan adik nasi goreng untuk makan tengahari...", kata adik pada semalam.

Aku tersangat la terharu.. Nak tahu kenapa? Aku terharu sebab masakan aku 'diterima' oleh seisi keluarga.. Yela.. berhempas pulas di dapur nak masak makanan yang terbaik dan mengikut selera orang lain bukan la sesuatu perkara yang mudah. Kadang-kadang selera and citarasa kita lain2..

Contohnya la kan, adik suka nasi goreng cina, nenek suka nasi goreng kampung, ibu pulak suka nasi goreng biasa.. Kalau nasi goreng cina mestilah tak pedas sangat, kalau nasi goreng kampung pedas2 sikit, dan kalau nasi goreng biasa kena ikot empunya diri yang nak makan la.. kalau dia nak pedas, aku kena lebihkan sikit cili and kalau dia tak suka pedas, aku kena pulak kurangkan cili..

Nampak tak? semua orang ada citarasa yang berbeza.. Bila kita hidangkan makanan yang terbaik kat semua orang dan makanan yang menepati citarasa dorang, dalam hati ni, akan timbul punya rasa suka dan terharu.. Suka sebab semua suka masakan kita dan terharu sebab walaupun berpeluh-peluh masak kat dapur ni namun hasilnya dapat menutupi rasa penat masak kat dapur tu tadi..

Apepun, kesimpulannya.. masaklah dengan hati yang ikhlas.. sebab apa yang kita masak ni pun kadang2 menunjukkan mood kita yang sebenar.. jangan la masak bila diri kita diselubungi amarah.. sebab confirm tak jadinya masakan kita.. aku cakap ni sebab aku pernah alami dulu.. so aku cuba untuk tidak ulangi lagi.. :)

10 bintang yang bersinar:

Norlida Ramli said...

untuk nak pikat hati..masaklah dgn seikhlas mungkin...

masakan tu pasti akan jd sedap! :D

J.Syazwana said...

betol2.
kalau kite tade mood then masak kompem masakan tuh tak jadi. hehehe

payed said...

abg suke mkn sardin jer..simple dan snang dmasak..mnje masakkn utk abg nnt taw...

ascil.punye.lah said...

oh kita tak pernah masakkan orang lain lagi.sape nak try kita masak,agkat tgn! dijamin tak sakit perut.

betul,masak dgn hati ikhlas,sedapppp

Hawa Ahmady said...

@norlida:ya.. cara baik untuk memikat hati orang... i agree..huhu

@J : kan..? tahu tak pe..

@payed : ohh senang la manja nanti.. manja masak sardin hari2 untuk abang..haha

@ascil: masakkan untuk kita boleh? haha

Tukang Karut said...

masak dengan ikhlas, pasti sedap...

Hawa Ahmady said...

@tukang karut: haa betul tu..

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

yay! dah boleh kawen ;)

Hawa Ahmady said...

Khumaera: haha.. tu la.. kalau dah boleh kawin, memang nak kawin dah..huhu

Arra Ahmad said...

memang suka bila apa y kita masak org makan..:)