Thursday, December 13, 2012

1. Beribadah bersungguh-sungguh kepada Allah S.W.T

2. Sabar dalam menempuh segala ujian dari Allah dan dalam mengerjakan perintah-perintahNya.

3. Sentiasa menghalusi hati dan perbuatan walau di mana saja kita berada.

4. Tidak jemu-jemu berusaha mengajak ahli keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah.

5. Hiasi diri dengan sifat malu dan akhlak yang mulia.

6. Redha dengan suami yang telah dijodohkan dengan kita oleh Allah.

7. Menghormati suami dan ibu bapa serta keluarga suami.

8. Berusaha menjadi isteri yang taat kepada suami, sama ada waktu susah mahupun senang.

9. Mematuhi perintah atau kehendak suami selagi tidak bercanggah dengan syariat.

10. Tidak mengkhianati harta suami, kehormatannya, tempat tidurnya atau sebagainya ketika suami tidak ada di rumah

11. Mendoakan keselamatan dan kesejahteraan suami di dunia dan akhirat.

12. Tidak sekali-kali menunjuk muka masam atau berlaku kasar terhadap suami.

13. Sentiasa dalam keadaan yang bersih, kemas dan berwangi-wangian ketika suami berada di rumah, tidak keluar rumah tanpa izin suami.

14.Sentiasa memohon maaf atau bertaubat jika melakukan kesilapan atau kesalahan.

0 bintang yang bersinar: