Wednesday, December 12, 2012

Sambungan Harapan Menjadi Layu.............


Jadi... rutin aku setiap hari Sabtu petang ialah aku akan memasak makanan yang sedap-sedap untuk Abang N.. dan juga untuk Z sebagai tanda terima kasih tidak terhingga menjadi pendengar setia, menyimpan rahsia aku dan memberi pendapat-pendapat yang bernas.. aku dah mula mempercayai Z... 

Disebabkan tidak mahu ada cacat cela dalam masakan aku.. aku sanggup menggoreng telur goreng yang baru untuk menggantikan telur goreng yang sudah pecah kuningnya.. hanya untuk menjadikan segalanya sempurna.. nampakkan? bertapa bersungguh-sungguhnya aku.. 

Sehinggalah terjadi peristiwa yang tak di duga... sama sekali tidak ku sangka kejadian tu berlaku depan mata aku... ketika tu tempat yang sama.. di belakang Giant.. 

Aku ternampak si Z duduk berdua-duaan dengan Abang N sambil berbual-bual.. lalu aku pun menyibukkan diri dengan duduk bersebelahan dengan si Z.. aku mengajak si Z berbual-bual.. walaupun ada gurauan antara aku dengan si Z dan Abang N.. tapi aku dapat rasakan... semuanya dingin dan hambar...

Tiba-tiba si Z memeluk Abang N.. dan mengatakan begini kepadaku.. 


'Hawa.. abang N sayang aku tau..' 


Dan lagi sekali.. berubah sangat-sangat muka aku ketika itu.. bukan itu sahaja.. Z turut membuka rahsia yang aku suka kan Abang N.. Mana aku nak letak muka? Mana janji-janji Z untuk merahsiakan perasaan aku terhadap Abang N? Perlu ke si Z membuat begitu depan aku..? Tahukah Z yang dia akan memrosakkan hubungan baik antara aku dengan si Abang N?

 Abang N langsung tidak menunjukkan apa-apa reaksi ataupun protes dengan perbuatan si Z . Aku hanya menunduk. Mengawal perasaan. Mengawal air mata daripada menitis.. Bukan sekali Z membuat begini di depan mata aku.. Sudah kali kedua Z membuat begini kepada ku.. yang pertama di cashier room.. semasa mengira duit dulu dalam beberapa hari sebelum peristiwa kedua ini berlaku.. 

Adakah Z ingin melihat samada aku cemburu atau tidak dengan segala perbuatannya..? Aku manusia.. Aku ada perasaan.. Aku percayakan dia... tapi kenapa layan aku seumpama aku tiada perasaan.. 

Tanpa berlengah lagi aku pun mempercepatkan langkah meninggalkan Z dan Abang N.. Z mengejarku dan memohon maaf.. dia mengatakan yang dia hanya bergurau.

'Aku mintak maaflah..Aku kan memang biasa peluk-peluk macam ni.. kau sendiri kenal aku kan.. jangan la cemburu tak tentu pasal.. perkara kecik je ni.. kenapa nak besar-besarkan...,' katanya megah.. 

Terluka hati aku bila kata-kata itu keluar dari mulutnya.. Perit.. Berbisa.. Aku tak kisah dia nak peluk mana-mana lelaki pun.. Tapi jangan main-main dengan perasaan aku.. Jangan buka rahsia aku sesuka hati.. Fikir dulu sebelum bercakap.. Jangan main-mainkan kepercayaan orang terhadap kita... kelak orang akan main kan kepercayaan kita pula..

Jadi sebagai jalan penyelesaian terhadap konflik aku, Z dan Abang N.. aku mengambil jalan mudah dengan berhenti kerja.. kerana aku tak sanggup menahan perasaan aku.. aku menangis tidak kira masa.. aku menangis tiap kali bangun dan sebelum tidur, semasa bekerja, semasa sorang-sorang.....

Sebulan lebih aku tanggung derita ini.. Tapi ibu aku sentiasa kasi aku semangat supaya aku lupakan apa yang terjadi dan mulakan hidup baru.. Ibu selalu nasihatkan aku untuk jadi seorang yang tabah dan banyak-banyak memohon keampunan kepada Allah. Allah sengaja menguji kita untuk melihat adakah kita sabar menghadapi ujiannya ataupun tidak..

Kini aku sedar yang kita tak boleh lah terlalu mudah percayakan orang.. Kita juga perlu berhati-hati dalam memilih kawan.. Yang paling penting.. Jangan mudah jatuh cinta.. Cinta kepada Allah lagi penting..


TAMAT

6 bintang yang bersinar:

Cik Fie said...

bestnya entri ni :)

www.cikfie.com

Anonymous said...

sadisnyee....ni kt giant plentong ke?

Hawa Ahmady said...

tak la.. giant dekat area2 selangor..

Hawa Ahmady said...

tak la.. giant dekat area2 selangor..

Qaseh Puteri said...

waaaa.. sedih...

Hawa Ahmady said...

kannn awak.....? hurmm