Tuesday, December 11, 2012

السلام عليكم

First of all.... tarik nafas dulu... ambil lah cerita ini sebagai satu pengajaran..

Cerita ini memerlukan emosi yang kuat andai anda berada di tempat yang sama dengan penulis cerita ini..

Baiklah.. tipu lah kalau kita cakap yang kita tak pernah minat orang... terutamanya meminati orang yang berlainan jantina dengan kita.. sudah semestinya lelaki akan minat perempuan dan perempuan akan meminati lelaki..

Begitu juga aku... aku meminati seseorang yang boleh dikenali sebagai Abang N (juga bukan nama sebenar) dan sememangnya dia berjantina lelaki..

Yup..! Aku tak bohong.. aku tertarik dengannya sejak pertama kali aku bertemu dengannya ketika aku mula bekerja part time di Giant berdekatan dengan tempat belajar aku... Dia seorang yang biasa-biasa. Dia bukan lah seorang yang kacak. Tetapi dia mempunyai wajah yang tenang.. dan dia boleh dikatakan pendiam.. Sesungguhnya dia menepati kriteria lelaki idaman aku.. 

Aku ni merupakan seorang yang pantang tengok orang yang pendiam.. aku akan cuba sedaya-upaya untuk membuat seseorang itu ketawa dan boleh layan kepala aku yang gila-gila ini.. dan aku berjaya dalam misi ini.. Dia dah mula ramah melayan aku.. dan tidak lupa juga untuk bergurau dengan aku.. 

Tibalah episod pertengahan cerita ini ketika aku lepak di belakang Giant bersamanya selepas selesai shift kami.. 

'Abang nak kerja 7eleven la lepas ni.. nak tambah lagi modal untuk belanja kahwin nanti. Yelah.. makwe abang tu cikgu.. malu lah abang.. gaji dia lagi besar daripada abang', katanya kepada aku. 

Muka aku berubah.. Walaupun sebenarnya aku dah tahu yang dia mempunyai kekasih. Aku layan sahaja luahan hati dia dan cuba jadi pendengar yang setia..

Cakap ngan aku.. mana ada perempuan yang tak cemburu kalau orang yang dia minat sangat-sangat tu dah ada girlpren.. Tapi aku diam je.. sebab aku fikir masih ada lagi harapan untuk aku.. aku akan cuba sedaya-upaya.. sebab seumur hidup aku, aku tak pernah lagi minat lelaki sampai macam ni sekali..

Hmm.. ketika itu aku rasa aku perlukan seseorang untuk berkongsi masalah aku ini.. dan tanpa berfikir panjang.. aku memilih Z (bukan nama sebenar) untuk mendengar dan memberi pendapat tentang masalh yang aku hadapi ini.. 

Ternyata aku tidak silap memilih pendengar.. kerana Z merupakan pendengar yang cukup baik.. dia memberi pendapat yang bernas iaitu menyuruh aku memasak makanan kegemaran Abang N.. 

Ohh terlupa pula untuk aku perkenalkan siapa Z.. Z merupakan junior di kolej aku.. tetapi dia tua daripada aku.. dan dia juga merupakan pekerja di Giant. 




To be continued...............





2 bintang yang bersinar:

elaley said...

alamak..da nak masuk kemuncak cerpen..TBcontinued? hmmm..hahhaha!

Hawa Ahmady said...

baru gempak sikit..hahahaha