Wednesday, January 18, 2012

Surat Daripada Ibu

Kisah Lobak, Telur dan Kopi

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.

Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya di atas api. Setelah air di dalam ketiga-tiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah di dalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir. Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata.

Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api.

Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain.

Lalu dia bertanya kepada anaknya, “Apa yang kau lihat, nak?”

“Lobak, telur dan kopi”, jawab si anak.

Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan.

Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras.

Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi.

Setelah itu, si anak bertanya, “Apa erti semua ini, ayah?”

Ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama, direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.

Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan.. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut

“Kamu termasuk golongan yang mana? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau menghadapinya? Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi ?” tanya ayahnya.

Bagaimana dengan kita ? 

Apakah kita adalah lobak yang kelihatan keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatan. 

Atau, apakah kita adalah telur yang pada awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis ? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perpisahan atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya kita menjadi menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kita menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku? 

Atau adakah kita serbuk kopi ? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan terasa semakin nikmat.


Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitar kita juga menjadi semakin baik. Begitulah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum.


Antara lobak, telur dan kopi, kita yang mana?


WAHAI ANAKKU SITI HAWA AMATILAH CERITA INI DAN FIKIRLAH DIMANA KITA BERADA. SESUNGGUHNYE IBU FAHAM HATI DAN PERASAAN YANG KAMU LALUI TAPI JANGANLAH JADIKAN INI SEMUA SEBAGAI ALASAN UNTUK TIDAK MENCAPAI KEJAYAAN YANG TERBAIK.


WAHAI ANAKKU SEGALA MASALAH ,RINTANGAN DAN KESEDIHAN YANG  ALLAH S.W.T. BERI KAN PADA KITA ADALAH UNTUK MENGAJAR KITA SUPAYA LEBIH MATANG DAN DAPAT MEMBEZA YANG MANA KAWAN DAN YANG MANA LAWAN.


DENGAN INI IBU MERAYU PADA KAMU HAPUSKAN SEMUA AIR MATA DAN KEJARKAN LAH KEJAYAAN YANG BERADA DI HADAPAN KITA. KEGAGALAN SEKALI BUKAN BERMAKNA KITA AKAN GAGAL SELAMA-LAMA NYE.




SEPATAH KATA AHLI PENDITA INGGERIS:


AKU PERCAYA PADA NASIB
SEMAKIN BANYAK AKU BERUSAHA
SEMAKIN BANYAK AKU DAPAT.


SO DENGAN INI MASA ADA LAGI 2 MINGGU USAHALAH SEBAIK2NYE UNTUK MENCAPAI APE YANG KAMU IMPIKAN. PANDANG PADA BURUNG HANTU NI YANG SERING BERJAGA MALAM UNTUK MENCARI MANGSANYE IBU HARAP KAKAK PUN BEGITU BERJAGA MALAM UNTUK BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN.


JAUHKAN DIRI DARI SEGALA MASALAH YANG MENGGANGGU HATI DAN PERASAAN KITA K


I LOVE U SOO MUCH. YOUR ARE ALWAYS THE ONLY AND MY BEST DAUGHTER IN MY LIFE. STUDY SMART


P/S: Surat ni aku dapat masa lagi dua minggu lagi aku nak SPM.. Ibu aku kasi patung burung hantu lagi tau.. Terima Kasih IBU.. :')

Monday, January 16, 2012

Lelaki berjiwa Lembut

Apa pandangan korang terhadap lelaki lembut? 

Mesti ada yang negatif dan ada yang positif kan? Tapi percaya la cakap aku.. tak semua laki berjiwa lembut ni pondan and gay.. dan tak semua laki yang tough and kasar tu bukan pondan or gay.. Lelaki yang berjiwa lembut ni nampak je dorang lembut.. tapi dalam lembut2 tu, ada tegasnya yang korang tak nampak.. aku malas nak guna perkataan 'keras'.. lain pulak bunyi nya nanti..

Sebenarnya dorang sama je macam laki2 lain.. dorang still lagi ada perasaan kat perempuan.. still lagi ingin disayangi dan menyayangi.. 

Aku tahu sebab aku ada kawan macam tu jugak.. tapi aku respect dengan lelaki yang berjiwa lembut ni.. Nak tahu tak kenapa? Aku respect dorang sebab dorang kebanyakkannya tak hisap rokok and pembersih orangnya.. Kalau jalan sebelah2.. wangi je bau..

Tapi ada sesetengah orang cakap, kalau nak tahu laki tu original recipe ke spicy, korang boleh tengok daripada kening nya.. kalau nampak macam cukur tu, maknanya malam dia ada part time la.. tapi tu orang cakap la.. aku just share je dengan korang.. huhu

Sunday, January 15, 2012

Tudung untuk Kucing

Ok.. malam ni semua harap bertenang ye.. tengok senyap2.. haa macam tu laa..

Ni aku ada buat jualan.. kalau korang rasa nak pakai kan kucing korang tudung ke ape ke.. korang boleh beli la.. Tak mahal pun..

Meh kita tengok gambar tudung yang aku jual ea..

OUT OF STOCK



OUT OF STOCK



OUT OF STOCK



OUT OF STOCK



OUT OF STOCK


Tengok la.. betapa lakunya jualan tudung untuk kucing ni.. Sampai aku tak sempat nak jual, dah OUT OF STOCK..

P/S : Sebenarnya aku frust.. sebab tak dapat beli tudung2 yang cantik2 secara online tu.. huhu.. :'( Sebab semuanya asyik OUT OF STOCK je..

Karipap @ Epok-epok

Waktu kecik2 dulu dalam lingkungan umur 4tahun hingga la umur  8tahun, aku minat gila makan karipap.. Tapi aku just makan yang 'ropol2' tu je la.. Tak tahu la nak panggil ape.. Ala.. yang bahagian rangup2 tu.. Korang tengok je gambar bawah ni.. mesti korang faham..huhu

Hiasan si mata-mata



Aku tak suka sangat makan inti karipap.. sebab... sebab... err.. entah la.. tak tahu la.. yang penting aku memang tak suka la makan inti karipap.. Aku makan yang ropol2 tu je and yang inti karipap tu biasanya aku kasi mak aku makan.. mak aku la untung.. tak payah beli karipap banyak2.. jimat.. huhu

Bila aku dah berumur 9tahun.. aku dah start dah menghargai inti karipap yang aku makan.. Tapi.. aku just makan inti kentang dan keledek je la.. Aku dah try dah makan karipap yang inti sardin.. Tapi kureng minat la..  Tapi dah kalau memang dah tak ada karipap yang inti keledek dan kentang, aku bedal je inti sardin.. yang penting namanya Karipap..

Siapa ada resepi macamner nak buat karipap macam gambar kat atas tu..? aku suke tau karipap macam tu..:)

Saturday, January 14, 2012

Bulu Mata = Eyelashes

Tension betul.. berapa banyak kali try lentikkan bulu mata.. tak lentik lentik..!! Degil..!! Aku dah try guna pelbagai jenis Mascara and Maskerak dah.. dah banyak juga lidah dah yang aku gunakan.. lidah buaya, lidah jin... lidah manusia je tak lagi.. tapi still lagi tak menjadi.. eeee.... geramm.. geramm..

Lagi2 tengok kawan aku yang ada bulu mata lentik2 ni.. rasa nak cabut2 je tampal kat mata aku.. tapi nampak macam kejam sangat kan.. aku tak nak la jadi kawan yang kejam kan..

Paling kurang pun aku nak la bulu mata yang lentik2 macam kat gambar bawah ni ke? Baru aku puas hati.. haha..


hiasan si mata-mata
Tapi tak apa lah..  Syukur Alhamdulilah Allah dah kasi aku pinjam bulu mata.. :')

Cara Menghadapi Nervous

Macam mana ye korang mengatasi perasaan nervous @ gabra di hadapan orang ramai?

Aku atasi nervous aku dengan tidak memakai cermin mata.. Selalunya penyakit nervous aku ni datang masa aku tengah berucap, buat presentation, jadi Pengacara Majlis dan yang sewaktu dengan nya la.. Okla.. kalau aku pakai cermin mata, aku akan perasan yang semua orang tengok aku dan hal ini akan membuatkan ke'nervous' an aku akan semakin menggunung tingginya.. So, kalau aku tak pakai cermin mata.. aku akan nampak orang di hadapan aku tu kabur je.. aku tak kan nampak diorang ketawakan aku ke or buat dunno je ke dengan apa yang tengah aku sampaikan masa tu.. 

Selain itu, aku atasi masalah gabra aku ni dengan memegang sesuatu objek.. either pencil or tissue.. aku biasanya akan menyalurkan penyakit gabra ni ataupun boleh dikatakan penyakit nervous ni pada pencil or tissue yang aku pegang tadi.. dan percaya la.. lepas berakhirnya ucapan, presentation atau yang lain2 tu, aku yakin yang tissue or pencil yang aku pegang tadi tu ada rasa lembap2.. Haa.. ambik kau.. berpeluh-peluh..

hiasan si mata-mata
Korang ada cara lain untuk tangani nervous tak? Share la dengan aku..

okla.. nak chow dulu.. dah ngantuk :)

Friday, January 13, 2012

Pengalaman di Tempat Kerja Dulu (Part 2)

Tiba-tiba....

Zaaasssssssssssssssssssssssssssssss....!!!

Argghhhhhhhhh..!!! Sakitnya... rupa-rupanya pisau yang aku guna untuk potong kertas tadi telah mengelar jari tengah ku.. ataupun dengan bahasa yang lebih lembut lagi, jari hantu.. hehe

Dah la masa tu tengah sakit hati, ditambah pulak dengan sakit di jari.. double kesakitan lah jadinya.. aku pun cepat2 la pergi toilet.. 

Aku bukak pili air.. and biarkan air mengalir dengan lajunya.. saja je buat macam tu... sebab nak cover aku nangis dalam bilik air.. haha.. ishhhhh.. kenapa pulak tak henti2 darah kat jari ni... 

Tengah aku syok2 nangis dalam bilik air.. Terdengar suara seseorang...


"Siti, you buat apa dalam bilik air.. tangan you luka kan? kenapa terus masuk dalam bilik air?"


Nak tahu tak suara siapa tu? Tu la suara supervisor aku yang marah aku sebab dia kata aku yang salah fotostat barang customer tadi.. Nak tahu aku jawab ape? Macam ni bunyinya..


"Errrr.. auntie.. I tengah pangsai (berak) la..."


Tengok..! Pandai tak aku cover? haha..Tapi buat pengetahuan korang, suara dia lembut semacam je cakap dengan aku tadi.. Nak buat baik dengan aku la tu.. cissss.....!!!

And aku pun keluar daripada bilik air tak lama lepas tu.. 

aku keluar je, supervisor aku pun dah sediakan ubat luka and plaster.. tetiba dia berubah jadi baik.. dia tolong letakkan ubat kat jari aku, lepas tu, dia tolong tampalkan plaster kat jari aku.. Pehhhhhhh..!!! baik gila...!!!!!!

Hati aku pun terubat la sikit.. Kalau aku kata sikit, maknanya memang sikit la.. daripada 100% tu, ada la dalam 5% je yang terubat.. Ya..!! memang ego aku menguasai segalanya.. hahaha...

Sebenarnya kan.. panjang lagi ceritanya.. tapi cukup la cerita nya sampai sini je.. ok..?


Thursday, January 12, 2012

Pengalaman di Tempat Kerja Dulu (Part 1)

Aku habis STPM pada 13 Disember 2011 dan start bekerja keesokkan harinya, pada 14 Disember 2011.. Sebenarnya aku nak relax2 masa 14 Disember tu.. Yelakan.. baru je habis periksa, so nak jugaklah tidur sepuas-puasnya kan? Tapi disebabkan memerlukan duit, aku pun start la kerja awal.

Aku bekerja di Kedai Fotostat je.. Eventhough korang kata kerja di Kedai Fotostat nampak senang, namun bagi aku tak la senang sangat.. Tapi aku dah ada kemahiran la dalam bab2 fotostat barang ni sebab aku dah pernah kerja situ masa aku habis SPM dulu.

Bukan 1 atau 2 kertas je yang aku kena fotostat, kadang2 ada customer hantar buku2 untuk aku fotostat.. Ada yang tebal2 macam kamus and ada jugak yang nipis.. So, disebabkan untuk mendapatkan rezeki yang halal, aku buat je la dengan hati yang tabah..

Bekerja dengan berlainan kaum, amat berbeza layanannya.. Kita akan selalu diherdik dan dimarah.. Aku anggap itu semua sebagai asam garam dalam bekerja.. Aku malas nak ambik 'port' sangat..Sebabnya, kalau kita marah balik, akan semakin menjadi-jadi lak perangai dorang ni... Jadi, baiklah kita diam.

Tetapi, bukan selamanya kita boleh berdiam.. Nak tahu cerita tak?

Masa tu tengahari tau.. staff lain semua dah lunch.. Aku ni sanggup korbankan lunch aku untuk layan customer yang secara tiba2 nya masa tengahari tu ramai pulak.. Aku pun layan seorang customer ni..

Aku: Ye.. nak fotostat apa?

Customer : Saya nak fotostat kertas ni.. tiga, tiga, tiga.

Aku: Ok, saya fotostat kertas ni tiga, tiga, tiga k..

Customer: (Hanya mengangguk)

Maka, aku pun fotostat la tiga, tiga, tiga...
Tetiba aku tengok kertas customer tu.. ehh ni dia nak 3 set ke dia nak tiga, tiga, tiga ni?
Aku pun tanya balik

Aku: Ni you nak 3 set ke tiga, tiga, tiga?
Customer: HAAIYOO..!! I nak 3 set la.. tiga, tiga, tiga..!!
Aku: (Aikk? marah aku pulak dia ni.. tadi cakap tiga, tiga, tiga)

Aku punya supervisor (cina) pun datang.. Dia marah aku depan customer yang tengah ramai masa tu.. Malu tidak terkata aku ketika tu.. Masalahnya bukan salah aku.. 

Aku pun ambik balik kertas tu and fotostat balik.. By the way.. lupa nak bagitau.. Customer aku tu pun cina.. 

Masa tengah fotostat tu, aku dah cakap dah kat diri aku.. Jangan nangis.. Sabar.. Kau kuat.. Tetapi aku kalah jugak akhirnya.. Menitis jugak air mata aku yang mahal ni..maka terkena lah kertas customer tadi.. hahahahahah..!! Padan muka kau..!! kaulah punca segalanya.. hati jahat aku berkata.. 

Lepas habis je fotostat barang customer tadi, aku pun sambung buat kerja yang terbengkalai sebelum layan customer tadi.. aku potong2 kertas dalam keadaan marah + sedih..

Tiba-tiba.....................................................

(To be continue......)

Wednesday, January 11, 2012

Yehh..!!! Adik suka..!!

" Akak.. Tolong masakkan adik nasi goreng untuk makan tengahari...", kata adik pada semalam.

Aku tersangat la terharu.. Nak tahu kenapa? Aku terharu sebab masakan aku 'diterima' oleh seisi keluarga.. Yela.. berhempas pulas di dapur nak masak makanan yang terbaik dan mengikut selera orang lain bukan la sesuatu perkara yang mudah. Kadang-kadang selera and citarasa kita lain2..

Contohnya la kan, adik suka nasi goreng cina, nenek suka nasi goreng kampung, ibu pulak suka nasi goreng biasa.. Kalau nasi goreng cina mestilah tak pedas sangat, kalau nasi goreng kampung pedas2 sikit, dan kalau nasi goreng biasa kena ikot empunya diri yang nak makan la.. kalau dia nak pedas, aku kena lebihkan sikit cili and kalau dia tak suka pedas, aku kena pulak kurangkan cili..

Nampak tak? semua orang ada citarasa yang berbeza.. Bila kita hidangkan makanan yang terbaik kat semua orang dan makanan yang menepati citarasa dorang, dalam hati ni, akan timbul punya rasa suka dan terharu.. Suka sebab semua suka masakan kita dan terharu sebab walaupun berpeluh-peluh masak kat dapur ni namun hasilnya dapat menutupi rasa penat masak kat dapur tu tadi..

Apepun, kesimpulannya.. masaklah dengan hati yang ikhlas.. sebab apa yang kita masak ni pun kadang2 menunjukkan mood kita yang sebenar.. jangan la masak bila diri kita diselubungi amarah.. sebab confirm tak jadinya masakan kita.. aku cakap ni sebab aku pernah alami dulu.. so aku cuba untuk tidak ulangi lagi.. :)

Tuesday, January 10, 2012

Eau De Toilette?

Pernahkah korang terjumpa perkataan Eau De Toilette di botol perfume anda seperti gambar di bawah ni?

hiasan si mata-mata


Dulu2 kan masa sekolah rendah.. aku ni tersangat lah bengap sikit.. aku ingat perkataan Toilette tu adalah toilet (tandas).. so aku fikir perfume yang ada perkataan Eau De Toilette sudah semestinya sesuai di 'spray' di dalam tandas..

Namun begitu, setelah meningkat remaja.. aku try cari kat wikipedia maksud Eau de Toilette yang sebenarnya..

From Wikipedia, the free encyclopedia:
Eau de toilette is a lightly scented perfume used as a skin freshener. It is also referred to as "aromatic waters" and has a high alcohol content. It is usually applied directly to the skin after bathing or shaving. It is considered a "weak" perfume. Toilet water is defined as a dilute perfume. It was originally composed of alcohol and various volatile oils.

Toilet waters are usually named after a principal ingredient; some being Geranium Water, Lavender Water, Lilac Water, Violet Water, Spirit of Myrcia and 'eau de Bretfeld'. Because of this "toilet water" is sometimes referred to as "flower water." It is often used as a "body splash" that is applied liberally, especially after showering.
Namun, setelah diterjemahkankan dalam Bahasa Melayu menggunakan Google Translate, ini lah hasilnya

Eau de tandas adalah minyak wangi yang ringan wangi digunakan sebagai penyegar kulit.  Ia juga disebut sebagai "air aromatik" dan mempunyai kandungan alkohol yang tinggi.  Ia biasanya digunakan terus kepada kulit selepas mandiatau bercukur. Ia dianggap minyak wangi yang "lemah".  air Tandas ditakrifkan sebagai minyak wangi cair. Ia pada asalnya terdiri daripada alkohol dan pelbagai minyak yang tidak menentu.

Perairan tandas biasanya dinamakan sempena bahan ibu; beberapa yang Air geranium, Air Lavender, Lilac Air, Air Violet, Roh Myrcia dan 'eau de Bretfeld'  Kerana ini "air tandas" kadang-kadang dirujuk sebagai "air bunga. " Ia sering digunakan sebagai" percikan badan "yang digunakan secara liberal, terutamanya selepas mandi. 
Setelah aku kaji balik.. rupa-rupanya bukan aku saja bengap malah Google Translate pun ada gak terkena tempias bengap sikit2.. hehe 

Ada Apa dalam Beg Tangan Wanita?

Apakah barang yang ada dalam beg tangan korang?

Contoh beg tangan yang bersaiz kecil.. Sila lihat gambar di bawah ini..

hanya hiasan si mata-mata
Okla.. kalau aku la kan.. barang2 wajib yang biasa aku letak dalam beg tangan yang bersaiz kecil ni ialah seperti handphone, beg duit, eyeliner, tissue, cotton bud, lotion and lipstick. 

Nak tahu tak kenapa ada cotton bud dalam beg tangan aku? Sebenarnya la kan, cotton bud tu aku gunakan bukan untuk membersihkan lubang telinga aku, tetapi sebenarnya untuk membetulkan eyeliner aku.. yela.. kadang2 kan eyeliner yang kita pakai tu kan ada comot2 sikit.. so apabila gunakan cotton bud tu, segala kotoran akan hilang... macam iklan sabun Fab lak kan.. ciss...

Haa.. sebab apa pulak aku letak lotion dalam handbag? Ada dua sebab.. Pertama.. kadang2 tangan aku ni rasa nya macam kering.. jadi lotion tu aku gunakan untuk melembapkan dan memutihkan lagi tangan aku.. hehe.. Sebab yang kedua pula ialah untuk mewangikan tangan aku setelah bersalam dengan orang yang baru lepas makan Kari Ikan kat Kedai Mamak.. Bau Kari Ikan tu melekat tahu tak? Sabar je laa..


Contoh beg tangan yang bersaiz besar..

hanya hiasan si mata-mata
 
Untuk beg tangan yang sebesar ni, barang yang pernah aku letak ialah selipar.. Dulu2 kalau jalan2 gi dating ngan boyfriend, aku ni agak ngada2 sikit.. Konon2 nak yang terbaik dan yang paling bergaya la kat mata boyfriend.. Sanggup tu aku pakai kasut high heels.. Masa jalan ngan boyfriend tumit tak rasa lak sakit.. Lepas 4 jam jalan2.. baru la terasa siksanya tumitku ini.. hahaha.. Padan muka aku.. Tu la.. action sangat.. Nasib baik la aku bawak selipar spare dalam beg tangan.. kalau tidak.. menangis la aku sorang2..

So apa yang ada dalam beg tangan korang.. mana tahu ada yang lebih fantastic, bombastic, romantic, mystic, and plastic lagi ke.. hehe

Sunday, January 8, 2012

Tangisan untuk Ibu..

Salam semua..
Aku rasa masih sempat lagi aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua.. Sebenarnya aku ni baru je balik daripada dating dengan seseorang ni.. Kitorang just makan MCD dan bersuka ria untuk kali yang keberapa tah..

"Terima kasih sebab dah meluangkan masa selama 2 jam 30 minit dengan saya.. Saya sangat2 seronok hari ni.. Saya janji yang saya takkan pernah lupakan awak.. Friend Forever ok..? Mmmuahhh.." 
Ok.. intro diatas memang tak ada kena mengena langsung dengan post title aku..

Sebenarnya... begini ceritanya..

Pernah tak korang makan masakan ibu sambil menangis kesedihan? Emm aku pernah..
Masa tu kan aku tengah kerja part time... ibu masak kan nasi goreng untuk lunch aku.. Yela.. masa lunch aku tersangat la terhad.. Masa aku makan nasi goreng tu.. Tetiba je aku rasa macam sedih, haru, dan hiba.. Ni bukan sedih sebab pedas tau.. Ni sebab lain.. So, aku buat kesimpulan yang ibu masak nasi goreng tu dengan penuh kasih sayang.. Sebab sedap sangat..

Pernah tak korang menangis masa buat essay pasal ibu korang? Emm aku pernah.. Time tu tengah exam.. kena buat essay pasal Pengorbanan Ibu.. jadi aku buat la essay tu dengan penuh emosional.. Memang tak dapat aku lupa la.. kertas exam aku ada kesan2 basah.. tapi aku tak tau la kesan basah tu daripada air mata ke or daripada air hidung.. haha..

Pernah tak korang menangis disebabkan ibu menghadiahkan hadiah yang memang telah lama korang impikan dan yang tak pernah korang kasi tahu orang lain.. tetapi dengan tetiba je ibu korang boleh tahu..? Emm aku pernah.. ibu belikan kasut BUM.. warnanya ada pink2 sikit.. aku tak pernah pun bagitahu ibu yang aku dah lama aim kasut tu.. tapi ibu tahu.. hmmmm.. aku akui.. naluri ibu aku tersangat la kuat.. walaupun begitu.. terima kasih ibu..

So, korang ada cerita yang sama macam aku tak? jom share dengan aku.. ok la.. nak chow dulu..!! bye u'olls..

Saturday, January 7, 2012

FIM

Salam semua..

Tahukah korang bahawa aku akan melanjutkan pelajaran ke Food Institute of Malaysia (FIM) dalam bidang Culinary Arts?

Setelah baru beberapa bulan menghabiskan peperiksaan STPM, aku telah berbincang dengan ibu tentang niat aku untuk menyambung pelajaran dalam bidang kulinari.. Alhamdulilah.. ibu tidak menolak langsung niat ku itu.. malah.. ibu menyokong niat murni ku itu dengan memberi kata2 semangat kepada aku yang sudah sememangnya semangat ini.. huhu..

Walaupun hanya diploma.. tapi tidak langsung menjejaskan cita-cita aku untuk menjadi Juri Masterchef Malaysia Musim ke 16.. Ehemmmm... Ada ke?

Kepada bakal suami ku..
" Antara sebab Manja ambik bidang Culinary Arts ni adalah untuk pastikan abang makan makanan yang berkhasiat yang Manja hasilkan daripada air tangan dan titik peluh Manja sendiri.. Manja ingin memohon maaf jika lauk-pauk yang Manja hidangkan ada rasa masin2 peluh sikit.. hahaha.. Tapi masin2 peluh itu lah yang akan mengeratkan lagi kasih sayang antara kita..."

P/S : Ayat diatas hanya sebahagiannya sahaja yang benar dan sebahagiannya lagi hanya lah dusta belaka.. hahahahahahahaha..

MAAFKAN KU..!!!

Assalamualaikum..
Sorry ye anda2 semua.. aku betul2 dlam kesulitan yang teramat.. lappy rosak.. So susah nak update belog.. dah terlambat 6hari untuk announce pemenang bagi CONTEST APA BENDA TU? PART 1..

So tanpa aku melengahkan masa lagi.. pemenang bagi contest yang telah aku buat ini ialah..........

                 EZA ELHANIS


Tahniah.. kepada pemenang..!!!


Haa..!!! Sebelum aku terlupa...


Jawapan bagi CONTEST APA BENDA TU? PART 1 ialah : EDWARD CULLEN


Ni buktinya..


OK.. Sampai sini je k.. dah ngantuk.. huhu..