Saturday, December 29, 2012

Pernikahan Apek dan Leuniey

Salam semua..

Dah tengok gambar Apek and Leuniey nikah belum?

Aku baru je tengok tadi.. kat myMetro... 

Tapi satu je la gambarnya... dan aku berjaya merembat gambar tersebut.. Maafkan aku myMetro.. hehe

Ini gambarnya.. hukhuk...




Cantik wokeehhhhh baju Apek dan Leuniey.. dan aku baru tahu yang kos baju akad nikah je dah RM10,000..  

Belum baju untuk bersanding lagi..... fuhhh.. untung la kan....... jealous nya... ngahahaha..!!

Kalau nak tengok laporan keseluruhan.. boleh klik kat link ni ye semua... Klik Sini..

Thursday, December 27, 2012

Warkah Buat Aishah

Assalamualaikum..

Kehadapan Aishah Binti Ab Rahman yang jauh dimata.. tetapi dekat dihati dan jantung..

Aishah.. maafkan saya andai warkah ini membuat awak rasa terganggu ataupun terluka.. dan maafkan saya juga andai warkah ini datang tanpa diundang...

Mungkin saya bukan sahabat yang baik... yang boleh membantu awak semasa awak susah mahupun senang.. Tetapi saya adalah sahabat yang akan cuba sedaya upaya untuk membantu awak walaupun tak banyak.. sedikit tu adalah jugak kan?

Saya tak sanggup lihat orang lain melukakan hati awak.. sebab saya dah anggap awak macam adik saya sendiri.. ibu saya pun sayang awak sama macam anak dia sendiri.. jadi bila orang lain lukakan hati awak.. sama seperti dorang lukakan hati saya jugak..

Jadi.. sebagai sahabat.. saya tak nak tengok awak bersedih.. saya nak awak gembira selalu.. saya nak awak senyum sama seperti ketika awak bersama dengan saya dan Kak Tassya.. 

Jagalah kesihatan baik-baik... ubat jangan lupa makan.. saya, kak tassya dan family awak semua jauh dari awak.. jadi tolong lah jaga diri..  

Saya nak awak tahu yang saya sayang awak sangat-sangat... saya nak awak selalu tabah dan sabar menghadapi perkara-perkara yang mendatang.. walaupun sukar sesuatu perkara tu.. saya tahu awak dapat menanganinya.. sebab awak lain.. awak kuat... 

Ingatlah... yang saya selalu ada disisi awak... dan saya akan sentiasa menjadi pendengar setia awak.. walaupun dimana jua awak berada.. Kalau ada masalah just cerita je dengan saya.. I'll always be your crying shoulder.. trust me... okay awak?

Saya ada satu lagu khas untuk awak seorang.... 



Ketika mimpimu yang begitu indah
Tak pernah terwujud ya sudahlah
Saat kau berlari mengejar anganmu
Dan tak pernah sampai ya sudahlah

Reff:
Apapun yang terjadi
Ku ‘kan slalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih
Cause everythings gonna be ok

Satu dari sekian kemungkinan
Kau jatuh tanpa ada harapan
Saat itu raga kupersembahkan
Bersama jiwa cita-cita dan harapan

Kita sambung satu persatu sebab akibat
Tapi tenanglah mata hati kita kan lihat
Menuntun ke arah mata angin bahagia
Kau dan aku tahu jalan selalu ada

Juga ku tahu lagi problema kan terus menerjang
Bagai deras ombak yang menabrak karang
Namun ku tahu ku tahu kau mampu tuk tetap tenang
Hadapi bersamaku hingga akhir datang

Saat kau berharap keramahan cinta
Tak pernah kau dapat ya sudahlah yeah
Dengar ku bernyanyi lalalalala heyeyeyeyeyayaya
Dedum dedudedadedudidam semua ini belum beakhir

Back to Reff:

Satu ‘kan langkah langkah yang beriring
Genggam hati rangkul emosi
Genggamlah hatiku satukan langkah kita
Sama rasa tanpa pamrih
Ini cinta across the sea
Peluklah diriku terbang bersamaku
Melayang jauhh.. woo..woo.. yeeahhh.. (come fly with me, baby)

Ini aku dari ujung rambut menyusur jemari
Sosok ini yg menerima kelemahan hati
Yea.. aku cinta kau.. ini cinta kita
Cukup satu waktu yes untuk satu cinta

Satu cinta ini akan tuntun jalanku
Rapatkan jiwamu yo tenang disisiku
Rebahkan rasamu untuk yg ditunggu
Bahagia hingga ujung waktu

Oklah... Aishah.. dah tak mahu nangis-nangis lagi k... kalau LELAKI betul-betul sayang kan kita.. dia tak cakap dia sayangkan perempuan lain.. jadi... fikirlah yang terbaik... samada nak stay atau let go sahaja ok..?

Kadangkala, banyak pengajaran yang dapat kita ambil diatas ujian yang terjadi. Dengan tertundanya kebahagiaan itu, siapa tahu Allah sedang mengajar kita tentang makna menghargai. Ketika jodoh telah datang, pastinya kita akan menjadi seorang yang lebih manis dalam bersyukur serta menjadi lebih istimewa.

Dengan tertundanya setiap pertemuan itu, mungkin Allah ingin memberikan yang lebih baik kepada kita atau dengan tertundanya jodoh itu, mungkin Allah ingin menjadikan kita lebih matang dalam menghadapi segala ujianNYA. Siapa tahu kan?

Sampai sini sahaja warkah buat Aishah.... nanti kita jumpa di lain hari ye Aishah..

P/S:   To remember you.. I always do..
         To remember me.. It's up you...





Friday, December 14, 2012

Belajar Last Minute

السلام عليكم

Hai...!! Pernah belajar last minute? Mesti ada kan..? 

So..... hari ini.. aku nak ajar Cara Belajar Last Minute Ala Hawa Ahmady.. 


Pertama: 
Buka nota asal.. yang tebal tu.. cari point yang penting.. yang selalu lecturer tekan kan.. then highlight atau bulat atau gariskan.. 



Kedua:
Ambil sekeping kertas A4.. tak kisah la A4 putih, A4 colour ataupun yang paling senang testpad.. Korang lipat dua kertas tu.. 



Ketiga:
Dah boleh start tulis nota yang kita highlightkan tadi ke kertas A4 ataupun testpad korang tu.. Gunakan kreativiti sendiri ye.. suka hati lah kalau korang nak guna pen biru ke, hitam ke, colour2 ke... yang penting nota tu korang selesa untuk baca..

Keempat:
Aku syorkan korang buat nota secara point. sebab senang baca.. dan tak rasa pening sangat.. ia juga berbeza daripada nota asal.. kadang-kadangkan nota asal ayat dia kan macam karangan sikit.. tapi terpulang kepada korang... yang mana yang selesa..



Kelima:
Buat akronim.. Tulis huruf depan bagi setiap isi jawapan.. bila korang ingat huruf.. korang akan ingat jawapannya..



Keenam:
Bila dah siap semuanya.. korang dah boleh start menghafal..

Ketujuh:
Elakkan daripada menonton adegan-adegan lucah samada sengaja ataupun tidak sengaja.. kerana automatik apa yang korang hafal tu boleh hilang.. dari 70% tinggal 20% je..

Kelapan:
Pastikan buat nota diatas sebelum hari peperiksaan bermula.. jangan buat 30minit sebelum peperiksaan pulak.. tu bukannya study last minute.. itu penyediaan membuat toyol..



Ok... sampai sini sahaja.. bertemu di post lain akan datang... bubbye sayangs..



HOT!!  
Menang RM100 000 dengan hanya menulis esei sahaja..!! Tidak kira dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris.. 

Tekan LINK ini..


Thursday, December 13, 2012

14 Cara Menjadi Wanita Solehah

1. Beribadah bersungguh-sungguh kepada Allah S.W.T

2. Sabar dalam menempuh segala ujian dari Allah dan dalam mengerjakan perintah-perintahNya.

3. Sentiasa menghalusi hati dan perbuatan walau di mana saja kita berada.

4. Tidak jemu-jemu berusaha mengajak ahli keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah.

5. Hiasi diri dengan sifat malu dan akhlak yang mulia.

6. Redha dengan suami yang telah dijodohkan dengan kita oleh Allah.

7. Menghormati suami dan ibu bapa serta keluarga suami.

8. Berusaha menjadi isteri yang taat kepada suami, sama ada waktu susah mahupun senang.

9. Mematuhi perintah atau kehendak suami selagi tidak bercanggah dengan syariat.

10. Tidak mengkhianati harta suami, kehormatannya, tempat tidurnya atau sebagainya ketika suami tidak ada di rumah

11. Mendoakan keselamatan dan kesejahteraan suami di dunia dan akhirat.

12. Tidak sekali-kali menunjuk muka masam atau berlaku kasar terhadap suami.

13. Sentiasa dalam keadaan yang bersih, kemas dan berwangi-wangian ketika suami berada di rumah, tidak keluar rumah tanpa izin suami.

14.Sentiasa memohon maaf atau bertaubat jika melakukan kesilapan atau kesalahan.

Wednesday, December 12, 2012

Harapan Menjadi Layu (Bhgn 2)

Sambungan Harapan Menjadi Layu.............


Jadi... rutin aku setiap hari Sabtu petang ialah aku akan memasak makanan yang sedap-sedap untuk Abang N.. dan juga untuk Z sebagai tanda terima kasih tidak terhingga menjadi pendengar setia, menyimpan rahsia aku dan memberi pendapat-pendapat yang bernas.. aku dah mula mempercayai Z... 

Disebabkan tidak mahu ada cacat cela dalam masakan aku.. aku sanggup menggoreng telur goreng yang baru untuk menggantikan telur goreng yang sudah pecah kuningnya.. hanya untuk menjadikan segalanya sempurna.. nampakkan? bertapa bersungguh-sungguhnya aku.. 

Sehinggalah terjadi peristiwa yang tak di duga... sama sekali tidak ku sangka kejadian tu berlaku depan mata aku... ketika tu tempat yang sama.. di belakang Giant.. 

Aku ternampak si Z duduk berdua-duaan dengan Abang N sambil berbual-bual.. lalu aku pun menyibukkan diri dengan duduk bersebelahan dengan si Z.. aku mengajak si Z berbual-bual.. walaupun ada gurauan antara aku dengan si Z dan Abang N.. tapi aku dapat rasakan... semuanya dingin dan hambar...

Tiba-tiba si Z memeluk Abang N.. dan mengatakan begini kepadaku.. 


'Hawa.. abang N sayang aku tau..' 


Dan lagi sekali.. berubah sangat-sangat muka aku ketika itu.. bukan itu sahaja.. Z turut membuka rahsia yang aku suka kan Abang N.. Mana aku nak letak muka? Mana janji-janji Z untuk merahsiakan perasaan aku terhadap Abang N? Perlu ke si Z membuat begitu depan aku..? Tahukah Z yang dia akan memrosakkan hubungan baik antara aku dengan si Abang N?

 Abang N langsung tidak menunjukkan apa-apa reaksi ataupun protes dengan perbuatan si Z . Aku hanya menunduk. Mengawal perasaan. Mengawal air mata daripada menitis.. Bukan sekali Z membuat begini di depan mata aku.. Sudah kali kedua Z membuat begini kepada ku.. yang pertama di cashier room.. semasa mengira duit dulu dalam beberapa hari sebelum peristiwa kedua ini berlaku.. 

Adakah Z ingin melihat samada aku cemburu atau tidak dengan segala perbuatannya..? Aku manusia.. Aku ada perasaan.. Aku percayakan dia... tapi kenapa layan aku seumpama aku tiada perasaan.. 

Tanpa berlengah lagi aku pun mempercepatkan langkah meninggalkan Z dan Abang N.. Z mengejarku dan memohon maaf.. dia mengatakan yang dia hanya bergurau.

'Aku mintak maaflah..Aku kan memang biasa peluk-peluk macam ni.. kau sendiri kenal aku kan.. jangan la cemburu tak tentu pasal.. perkara kecik je ni.. kenapa nak besar-besarkan...,' katanya megah.. 

Terluka hati aku bila kata-kata itu keluar dari mulutnya.. Perit.. Berbisa.. Aku tak kisah dia nak peluk mana-mana lelaki pun.. Tapi jangan main-main dengan perasaan aku.. Jangan buka rahsia aku sesuka hati.. Fikir dulu sebelum bercakap.. Jangan main-mainkan kepercayaan orang terhadap kita... kelak orang akan main kan kepercayaan kita pula..

Jadi sebagai jalan penyelesaian terhadap konflik aku, Z dan Abang N.. aku mengambil jalan mudah dengan berhenti kerja.. kerana aku tak sanggup menahan perasaan aku.. aku menangis tidak kira masa.. aku menangis tiap kali bangun dan sebelum tidur, semasa bekerja, semasa sorang-sorang.....

Sebulan lebih aku tanggung derita ini.. Tapi ibu aku sentiasa kasi aku semangat supaya aku lupakan apa yang terjadi dan mulakan hidup baru.. Ibu selalu nasihatkan aku untuk jadi seorang yang tabah dan banyak-banyak memohon keampunan kepada Allah. Allah sengaja menguji kita untuk melihat adakah kita sabar menghadapi ujiannya ataupun tidak..

Kini aku sedar yang kita tak boleh lah terlalu mudah percayakan orang.. Kita juga perlu berhati-hati dalam memilih kawan.. Yang paling penting.. Jangan mudah jatuh cinta.. Cinta kepada Allah lagi penting..


TAMAT

Tuesday, December 11, 2012

Harapan Menjadi Layu

السلام عليكم

First of all.... tarik nafas dulu... ambil lah cerita ini sebagai satu pengajaran..

Cerita ini memerlukan emosi yang kuat andai anda berada di tempat yang sama dengan penulis cerita ini..

Baiklah.. tipu lah kalau kita cakap yang kita tak pernah minat orang... terutamanya meminati orang yang berlainan jantina dengan kita.. sudah semestinya lelaki akan minat perempuan dan perempuan akan meminati lelaki..

Begitu juga aku... aku meminati seseorang yang boleh dikenali sebagai Abang N (juga bukan nama sebenar) dan sememangnya dia berjantina lelaki..

Yup..! Aku tak bohong.. aku tertarik dengannya sejak pertama kali aku bertemu dengannya ketika aku mula bekerja part time di Giant berdekatan dengan tempat belajar aku... Dia seorang yang biasa-biasa. Dia bukan lah seorang yang kacak. Tetapi dia mempunyai wajah yang tenang.. dan dia boleh dikatakan pendiam.. Sesungguhnya dia menepati kriteria lelaki idaman aku.. 

Aku ni merupakan seorang yang pantang tengok orang yang pendiam.. aku akan cuba sedaya-upaya untuk membuat seseorang itu ketawa dan boleh layan kepala aku yang gila-gila ini.. dan aku berjaya dalam misi ini.. Dia dah mula ramah melayan aku.. dan tidak lupa juga untuk bergurau dengan aku.. 

Tibalah episod pertengahan cerita ini ketika aku lepak di belakang Giant bersamanya selepas selesai shift kami.. 

'Abang nak kerja 7eleven la lepas ni.. nak tambah lagi modal untuk belanja kahwin nanti. Yelah.. makwe abang tu cikgu.. malu lah abang.. gaji dia lagi besar daripada abang', katanya kepada aku. 

Muka aku berubah.. Walaupun sebenarnya aku dah tahu yang dia mempunyai kekasih. Aku layan sahaja luahan hati dia dan cuba jadi pendengar yang setia..

Cakap ngan aku.. mana ada perempuan yang tak cemburu kalau orang yang dia minat sangat-sangat tu dah ada girlpren.. Tapi aku diam je.. sebab aku fikir masih ada lagi harapan untuk aku.. aku akan cuba sedaya-upaya.. sebab seumur hidup aku, aku tak pernah lagi minat lelaki sampai macam ni sekali..

Hmm.. ketika itu aku rasa aku perlukan seseorang untuk berkongsi masalah aku ini.. dan tanpa berfikir panjang.. aku memilih Z (bukan nama sebenar) untuk mendengar dan memberi pendapat tentang masalh yang aku hadapi ini.. 

Ternyata aku tidak silap memilih pendengar.. kerana Z merupakan pendengar yang cukup baik.. dia memberi pendapat yang bernas iaitu menyuruh aku memasak makanan kegemaran Abang N.. 

Ohh terlupa pula untuk aku perkenalkan siapa Z.. Z merupakan junior di kolej aku.. tetapi dia tua daripada aku.. dan dia juga merupakan pekerja di Giant. 




To be continued...............