Thursday, January 3, 2013

Assalamualaikum

Aku ni jenis yang suka cabar diri sendiri... sebab aku tak suka manjakan diri aku.. aku suka kalau diri aku merasa apa itu kesusahan.. dan aku suka cabar diri aku buat sesuatu yang aku tak suka pada awalnya 

Contohnya...........

Berjalan kaki dari sekolah ke rumah 
Hello... rumah aku dengan sekolah bukan dekat ok... dari Permas Jaya ke Johor Jaya kira-kira jauh jugak tau.. lebih kurang 45minit perjalanan kalau aku jalan lenggang kangkung... dan juga lebih kurang 30 minit perjalanan kalau aku speed kelajuan kaki aku ni.. ewahh.. speed bagai kanns...

Tapi sebenarnya aku je yang ngada-ngada nak balik jalan kaki... sedangkan ibu dah kasi duit tambang untuk van pun.. bagi aku.. barulah adventure sikit kalau jalan kaki balik rumah.. tak gitu?


Makan ikan keli, sembilang dan sama spesies dengannya 
Aku tau... tak semua orang makan ikan keli.. sembilang... dulu pun aku tak suka.. sebab family aku tak suka.. Tapi.. aku start berjinak-jinak dengan ikan keli dan sekufu dengannya ni sejak aku study kat Matrik dulu..

Masa kat matrik dulu.. kafe aku jual banyak jenis masakan berasaskan ikan keli.. ikan keli sambal la.. ikan keli masak lemak cili api la.. dan bermacam-macam lagi la...

Aku tengok member-member aku makan.. berselera sungguh...  berhari-hari aku nak try makan ikan keli.. tapi takut plus geli pulak..

Tapi suatu hari tu.. aku tekad nak makan ikan keli untuk lunch... dan.... aku makan dengan seleranya... sedap sebenarnya ikan keli ni... sedap bila dia garing la.. lagi-lagi ikan keli sambal.. kalau lembik-lembik sangat aku tak makan sangat la...

Jadi sekarang aku dah jadi peminat ikan keli..haha... dan aku dah meluaskan pengaruh dengan mengajak kawan-kawan aku yang tak pernah makan ikan keli tu untuk turut sama makan ikan keli..


ikan keli sambal.. fuhh.. (hiasan si mata-mata)



Pegang hamster
Korang tahu kan apa tu hamster.. macam ada hubung kait dengan tikus jugak kan?

Dulu aku takut nak pegang hamster ni.. seriously.. sangat-sangat takut.. sebab takut dia gigit.. tapi disebabkan jiwa yang meronta-ronta untuk pegang hamster.. Aku cuba jugak untuk pegang benda alah yang berbulu ini... dan aku dah berjaya dah bermain-main dengan hamster milik kawan aku yang bernama Wani Busuk (bukan nama sebenar) ...

Aku juga telah berjaya memicit-micit hamster Wani Busuk tanpa dia sedari.. hahahahhaahhah.....


comelkan.. (hiasan simata-mata)



Makan sayur, budu, ulam-ulaman 
Sekarang aku dah menghargai sayur tau.. even pahit sekali pun.. aku main kunyah dan telan je.. sebab.. sampai bila aku tak makan sayur kan..? Jadi aku kenalah cabar diri aku untuk makan sayur-sayur hijau, ulam-ulaman...

Ala... tak lah teruk sangat makan sayur dan ulam-ulaman ni.. kalau tak suka pun.. masuk kan je dalam mulut.. kunyah-kunyah.. dan telan.. Senangkan..?

Macamner pulak dengan budu..? Sedap gak... First time makan masa member sekolah menengah dulu bawak bekal yang mak dia bekalkan... Ada... nasi.... ulam-ulam... budu... telur dadar... fuhhhh sedap..! lagi pulak nasi yang dia bawak tu panas-panas lagi.. memang heaven la kan makan.. yela.. tak pernah makan budu.. bila dah makan so dah tahu la....

Jadi sekarang.. dah tak boleh lagi sorok bau budu.. mesti cari punya..


ulam-ulaman (hiasan si mata-mata)



Wokeyy.. banyak lagi sebenarnya.. tapi ni je la yang dapat aku coretkan unruk post kali ni..

Bubbye sayangs....





2 bintang yang bersinar:

Sabrie Mustafa Hamizan said...

Stuju bab jalan pulang rumah tu!
Sebab sebenarnya bjalan lagi best (n of coz menyihatkan)

Done follow..Follow me back k ^______^

Aku Benci Kau Sampai Bila-Bila

Blog 3 Dalam 1 said...

ooo gini rupanya perangai ko hehehehehe thanks sebab jenguk blog aku ye kawan...

[Click] 1 Jan – 31 Jan 2013 Cabaran SEO Selamat Tahun Baru 2013 Blog 3 Dalam 1 [Click]